Rakyat seolah-olah memberi 'serigala menjaga biri-biri' jika melepaskan tampuk pemerintahan negara ini ke tangan parti pembangkang.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, betapa malangnya negara ini jika memilih parti pembangkang untuk menerajui negara ini.
"Perkara penting yang diucapkan oleh Presiden Umno pada ucapan dasarnya ialah betapa malangnya kita, jika memilih pakatan pembangkang untuk memerintah negara.
"Jika mereka memerintah negara ini, mereka akan menghancurkan dan merosakkan negara ini," katanya kepada KLPos ketika diminta mengulas mengenai ucapan dasar yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.
Menurut Khairy, Pemuda Umno menyambut baik ucapan dasar yang telah disampaikan oleh Presiden Umno itu dan melihat dua perkara yang penting dalam ucapan tersebut.
"Selain membuat pilihan yang tepat untuk memilih kerajaan memerintah, perkara kedua yang penting ialah untuk melihat perubahan pada negara," katanya.
Tambahnya, rakyat tidak perlu mengubah kerajaan yang sedia ada kini jika ingin melihat perubahan pada negara.
"Jika pembangakang memerintah, memang ada perubahan. Tetapi perubahan yang lebih kepada untuk merosakkan negara," katanya yang juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN).
Pakatan Haprak bukanlah pilihan yang bijak untuk rakyat pilih kerana dari pemerhatian MMI mereka kini umpama UNGKA tidak BERBULU !
MMI.
hek eleh... beginilah tuturbicara orang2 yg sombong dan angkuh...
ReplyDelete