Followers

Friday 28 December 2012

Kalendar ANTI HUDUD Siapa Punya Angkara ??


"Do no think that hudud law does not affect you, it will" apa maksud ayat diatas ? Dalam terjemahan bahasa Melayunya "Jangan sangka Undang2 Hudud tidak ada kesan kepada anda, pasti ada"  ..apa yang sebenarnya cuba dilakukan oleh mereka yang mengeluarkan kalendar ini ?

Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mengeluarkan kalendar ini ? MMI sendiri kurang pasti namun kemungkinan ianya dikeluarkan oleh pihak yang berkepentingan dalam politik itu ada.

Dalam isu ini kita tidak menuduh mana-mana pihak kerana proses mengeluarkan kalendar seperti ini amat mudah dan boleh dilakukan olah sesiapa saja.Namun ada laporan daripada blog Pakatan Haprak menyatakan kalendar ini dikeluarkan oleh MCA parti dalam komponen Barisan Nasional sendiri.

MMI mudah saja sekiranya MCA benar-benar terlibat kita mohon supaya mereka menarik balik serta merta dan memohon maaf secara terbuka kerana tindakan tersebut jelas BIADAP dan Kurang Ajar.

Jika benar kerja buat MCA dan masih berdegil untuk tidak menarik balik mahupun memohon maaf , MMI tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan seluruh jentera termasuk NGO-NGO Islam untuk berkumpul dan natijahnya MCA akan tahu apa akibatnya.

Tidak ada kompromi dalam perkara ini TARIK BALIK dan MOHON MAAF !

Sekiranya MCA tidak terlibat mereka harus segera MENAFIKAN keterlibatan mereka.

Begitu juga MMI harapkan kepada mereka di sebelah Pakatan Haprak khususnya PAS ! kerana ada bisik-bisik yang kuat mengatakan ianya kerja buat sahabat sesyurga PAS dalam Pakatan Haprak.Usahakan benda yang sama.

MMI dengan pertolongan sahabat blog Uruk-Hai telah cuba untuk terjemahkan tulisan cina yang terdapat dalam kalendar tersebut dan hasilnya adalah seperti berikut ,

Tulisan disebalah kanan "SILAP 1 UNDI KETURUNAN MUSIBAH"
Tulisan disebalah bawah "ALAT MENUKAR UNDANG-UNDANG UNTUK GENERASI KEMATIAN HIDUP"
Tulisan di sebelah kiri "1 UNDI BANGSAT SALAH , KEMBALI KE AMERIKA TEOKRATIK"

Apa itu TEOKRATIK ? anda boleh baca Di Sini.

Apa pun pengeluaran kalendar ini amat tidak disenangi oleh banyak pihak.Kemungkinan ianya merupakan kerja-kerja sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat orang Islam berbalah dengan bukan Islam itu juga ada.Bagi menangani masalah ini MMI harapkan pihak Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan kerana kalendar ini adalah satu lagi usaha pihak-pihak tertentu mencemarkan agama Islam dan mampu mencetuskan huru hara dalam negara.

Hentikan kerja-kerja bodoh seperti ini kerana ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak !

MMI.

1 comment:

  1. slm tuan..mohon pautkan blog perigitimur.blogspot.com di blog tuan..tq

    ReplyDelete

Labels