Siapa yang tak perasan dengan perubahan yang berlaku terhadap diri seorang artis bernama Diana Amir. Jika dulunya beliau antara yang seksi dalam dunia hiburan kini beliau sudah pun bertudung dan telah berhijrah bersama-sama rakan artis yang kini selesa bertudung.
Alhamdulillah MMI antara yang cukup bersyukur apabila melihat semakin ramai artis wanita Islam di negara kita bertudung seterusnya membuktikan bertudung bukan bererti rezeki dalam dunia hiburan langsung tidak ada malah MMI yakin dengan kekuatan baru mereka akan dimurahkan rezeki nikmat daripada Allah SWT.
Namun kini dilaman media sosial heboh memperkatakan tentang Diana Amir yang kini memilih untuk berpolitik dan menyertai PAS.Sejauh mana kebenaran berita yang digembar-gemburkan oleh media-media pro pembangkang ini ? MMI sendiri kurang pasti..
Apakah pertemuan ini bukan sekadar pertemuan biasa atau pertemuan artis ini, Nur Diyana Amir Hasyim membawa beliau kepada menjadi ahli pas tegar seperti Abby Abadi ?
Atau pertemuan ini hanyalah sekadar bertujuan untuk menjadikan "gambar" beliau bersama Nik Aziz sensasi untuk tunjukkan pada peminat bahawa beliau sudah bersedia memasuki alam politik ?
Hinggakan berita pertemuan ini digambarkan seolah-olah artis ini sebak, sedih dan terharu tahap maksima bila menatap muka nik aziz, kononnya hebat sangat aura nik aziz hinggakan beliau gementar yang amat sangat berhadapan dengan manusia yang kononnya luarbiasa. Itulah gambaran penulis pojok pro pakatan haram berhubung dengan gambar ini.Baca Seterusnya.
Banyak pihak yang mahu mengatahui status sebenar Diana Amir tetapi seperti yang MMI katakan tadi sehingga entri ini ditulis Diana belum membuat sebarang pengesahan sama ada benar menyertai PAS.
Cumanya mungkin kerana kawan-kawan kot , kadang-kadang dengan kawan-kawan pun boleh menyebabkan kita terikut-ikut juga..
Kita tunggu tengoklah..
MMI.
No comments:
Post a Comment