Followers

Sunday, 16 December 2012

Kit Siang Kena Serangan Jantung ?!


Berlakon ! Itulah yang MMI boleh kata bila Kit Siang keluarkan kenyataannya berkenaan keputusan pemilihan anggota CEC DAPigs semalam.Mana ? mana yang kata DAPigs ni parti "Multi-Racial" ? 

Penasihat DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa tekejut dengan keputusan perwakilan menolak semua calon Melayu pada pemilihan parti itu.

Kesemua lapan calon Melayu termasuk Ahmad Ton yang menang pada pemilihan lalu, kecundang, malah menerima undi paling rendah di kalangan 68 calon yang bertanding.

Seramai 2,578 perwakilan membuang undi pada pemilihan kali ini.  

Keputusan kali ini memberi impak kepada ura-ura DAP mahu melebarkan parti itu kepada orang Melayu.

“Saya tidak gembira juga dengan keputusan tersebut dan sedikit kecewa sebab (selain)  perwakilan Melayu yang tidak menang dan juga ada dari Sabah dan Sarawak yang tidak menang,” kata Kit Siang kepada pemberita.

"Saya rasa kita perlu belajar dan lihat semula keputusan tersebut dan cuba atasinya semula supaya DAP dapat melihat semula perwakilan yang dicalonkan," katanya.

Kit siang menegaskan keputusan itu bukan bererti sifat perkauman menebal dalam DAP tetapi lebih kepada  bilangan calon yang ramai bertanding.

"Ini bukan bermakna DAP anti-Melayu tetapi kerana hanya ada 20 tempat kerusi sahaja dan saya rasa ini adalah satu keputusan yang sakit yang dibuat oleh perwakilan hari ini," katanya.

Ketika merasmikan kongres DAP pagi tadi, anak Kit Siang yang juga Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng melahirkan hasrat untuk membangunkan DAP sebagai pilihan orang Melayu yang menurut beliau semakin berminat menyertai parti itu.

Hasil keputusan pemilihan bagaimanapun menempelak kenyataan Guan Eng itu. Ia juga dijangka memberi kesan kepada ura-ura DAP untuk meletakkan calon Melayu pada pilihanraya umum akan datang.  

Parti itu menuntut tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN untuk tujuan itu.

Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor, berkata parti dijangka melantik antara calon Melayu ke badan tertinggi parti itu.

"Mungkin mereka (calon Melayu) perlukan sedikit masa dan saya tidak nampak masalah ini kerana kita masih boleh melantik mereka menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Jawatankuasa Tertinggi dan tidak menjadi masalah,” kata beliau.

Selain kesemua calon Melayu tewas, 15 daripada 18 calon kaum India juga kalah, termasuk  Timbalan Menteri Pulau Pinang P.Ramasamy.

Hanya Karpal Singh, anaknya Gobind dan Ahli Parlimen Ipoh Barat S. Kulasegaran yang menang  kali ini.

Nak perlu masa apa lagi ? Tok sah dok pembohong lah rakyat dah melihat dan sudah pun membuat keputusan , pilihan raya ja nanti ajaq ampa !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels