Followers

Tuesday, 18 December 2012

MAKSUM Sangatkah ULAMA PAS ??


Sebelum MMI mengulas lebih lanjut adalah baiknya sekiranya kita sama-sama mengenali siapa sebenarnya yang kita gelar ulama.Dalam konteks Malaysia hari ini perkataan ulama sudah menjadi mainan di bibir-bibir mulut sesetengah pengamal politik khususnya parti yang mendabik dada kononnya mereka meletakkan perjuangan seiring dengan alim ulama atau dalam erti kata lain meletakkan Islam itu sebagai perjuangan utama mereka.

Apa benarkah PAS merupakan parti politik yang meletakkan kepentingan utamanya untuk memperjuangkan Islam ? Malah jika dikira PAS antara parti yang mempunyai alim ulamanya tersendiri sejak lama dulu.Bahkan pernah sampai ke satu tahap betapa juak-juak PAS begitu angkuh menyatakan merekalah yang lebih Islam kerana meletakkan institusi ulama itu di kedudukan tertinggi dalam parti.

Namun seperti yang lain kita sudah menyaksikan dalam parti berulama ini melakukan kerja-kerja politik mereka , pernah satu ketikanya sanggup berkawan dengan Syaitan semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Tak dilupakan juga berkenaan seorang pemimpin yang diangkat sebagai ulama dalam parti PAS sudah pun mengkafirkan sesama Islam sehingga ke hari ini.

Malah turut mengajak juak-juaknya untuk melakukan doa yang terjerit-jerit mahukan supaya parti politik Barisan Nasional di hancurkan oleh Allah swt.

Apa benarkah sikap para ulama sedemikian rupa ? Jom kita ikuti penerangan maksud mahupun ciri-ciri dan adab seorang ulama oleh Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya BULUH.Klik Sini untuk mengenali penulis.

MAKSUD PERKATAAN ULAMA

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang bererti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami. Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.

Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).


CIRI-CIRI RINGKAS ULAMA

Jikalau hendak disenaraikan ciri-ciri ulama satu persatu, sudah tentulah tidak terhitung banyaknya. Jadi saya nyatakan secara ringkasnya sahaja ciri-ciri seorang ulama sepertimana berikut:

- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.

- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.

- Berakhlak mulia.

- Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.

- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.

- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.

- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam.

- Dan banyak lagi.

ADAB-ADAB SEORANG ULAMA ATAU GURU

Seperti yang saya telah sebutkan di atas, jika hendak disenaraikan satu persatu ciri-ciri ulama, sudah tentulah akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, di sini saya nyatakan pula adab-adab bagi seorang ulama atau alim serta guru sepertimana yang telah diperkatakan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah:

- Mampu menanggung kesusahan.

- Bersabar dengan kesulitan.

- Duduk dengan rasa hormat serta berkelakuan tenang ketika bersama manusia.

- Meninggalkan takbur di atas sekalian hambaNya kecuali terhadap orang yang zalim.

- Mencegah daripada kezaliman.

- Memilih tawaduk pada perhimpunan dan pada majlis orang ramai.

- Meninggalkan gurau-senda dan bermain-main.

- Melayan dengan baik pelajar yang kurang pandai.

- Membimbing pelajar yang angkuh.

- Memperbaiki pelajar yang bodoh dengan tunjuk ajar yang baik.

- Tidak marah kepada pelajar yang bodoh.

- Tidak malu daripada berkata ‘aku tidak tahu’.

- Memberikan perhatian kepada pertanyaan.

- Memahami soalannya.

- Menerima hujjah.

- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika bersalah.

- Melarang pelajar daripada setiap ilmu merbahaya.

- Melarang pelajar daripada menghendaki dengan ilmu selain dari Allah Taala.

- Melarang pelajar daripada sibuk menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum selesai menuntut ilmu fardhu ain. Ilmu fardhu ain ialah berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa.

- Memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan takwa, supaya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya.

CIRI-CIRI ULAMA DUNIA

Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:

- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.

- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

- Mengikut hawa nafsu.

- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.

- Berpura-pura di dalam masyarakat.

- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.

- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.

- Fatwa dengan mengikut syahwat.

- Dengki dan benci serta tidak insaf.

- Berbeza amalannya dan kata-katanya.

- Berdolak-dalih dan berhelah.

- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.Baca Seterusnya

Rasanya dengan apa yang tercatat diatas kita dapat sedikit sebanyak gambaran ciri-ciri dan adab seorang ulama.

Tujuan MMI mudah sahaja , menyampaikan maklumat kepada semua supaya kita mampu membezakan siapa sebenarnya ulama dan siapa sebenarnya yang mempergunakan ulama.

Dalam soal ini , MMI nak mengajak ampa semua untuk lihat dan baca kenyataan di bawah apakah benar tindakan yang dilakukan oleh juak-juak PAS ini ?


Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. 

Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu. 

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).Baca Selanjutnya.

Cukup setakat ini , MMI serahkan kepada anda semua untuk membuat kesimpulannya..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels