Followers

Tuesday, 18 December 2012

Pakatan Haprak Bangkitkan Rasa MARAH Kaum INDIA !!

Gambar Hiasan
Kaum India di Malaysia ternyata sudah pun mengenali siapa sebenarnya Pakatan Haprak setelah mereka berjaya menguasai beberapa negeri dalam pilihan raya 2008 yang lalu.Kepercayaan dan harapan kaum India terhadap Pakatan Haprak hancur luluh setelah janji mereka yang kononnya akan memberikan pembelaan yang terbaik hanyalah sekadar angan-angan kosong.

Bertitik tolak dari situlah tidak salah kiranya MMI katakan kaum India kini sudah kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Lihat saja sokongan mereka terhadap YAB Perdana Menteri dan Barisan Nasional kini membuktikan bahawa mereka sedar janji bulan dan bintang Pakatan Haprak bukanlah ukuran dalam memberikan kepercayaan untuk mereka memimpin negara kerana musibahnya negara juga bakal tergadai.

Ini bukan cakap kosong kerana Kampung Buah Pala adalah contoh paling jelas yang perlu dijadikan iktibar oleh kaum India di Malaysia.

Namun dalam suasana politik negara yang kini lebih memihak kepada Barisan Nasional , Pakatan Haprak ternyata sudah pun melakukan kesilapan demi kesilapan dalam merencanakan pembohongan mereka khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Menyatakan hampir 300,000 orang India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah menyebabkan warga India khususnya dalam parti MIC bangun menyanggah dan mengundang kebencian tahap maksima apabila kenyataan berupa tuduhan tidak berasas tersebut hanyalah satu lagi propaganda Pakatan Haprak dalam usaha memenangi hati kaum India.

"JANGAN cuba jadi pakar kritik." Itulah luahan Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC, Datuk R. Ramanan.

"Pembangkang selalu tuduh MIC dan Barisan Nasional (BN) tak buat ini, tak buat itu. 'Anda' hanya beritahu kami apa yang kami tak buat. Tetapi tolonglah katakan apa yang telah 'korang' (anda) telah buat.

"Nyatakan pencapaian 'anda'. Jangan hanya selalu kritik," kata Ramanan semasa ditemui wartawan akhbar Utusan Malaysia Isnin lalu.

Kerana itu, kata Ramanan, yang juga cucu kepada Tan Sri Dr. Devaki Krishnan - wanita pertama di negara ini yang dilantik dalam pejabat awam setelah memenangi kerusi majlis perbandaran pada 1952 - pembangkang dicabar mengemukakan senarai 300,000 penduduk India yang didakwa tidak mempunyai kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan.

Jika gagal berbuat demikian, kata beliau, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran yang mengeluarkan dakwaan palsu tersebut, perlu bersara daripada dunia politik.

Tambah beliau lagi: "Rakyat kaum India bukannya bodoh. Mereka perhati apa yang berlaku sehinggalah MIC keluarkan fakta maklumat ini. Macam PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kata pada ucapan pembukaan AGM (Perhimpunan Agung MIC di Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu) bahawa memang kita terima laporan 10,000 orang India yang tiada IC. Daripada 10,000 itu, 6,000 dah berjaya kita selesaikan."

Ramanan, 31, yang fasih bertutur bahasa Kantonis dan Mandarin selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil menarik perhatian mengenai sokongan padu masyarakat India kepada BN akhir-akhir ini. Sokongan itu, kata beliau, semakin kembali dan utuh sejak dua tahun ini, apabila bukan sahaja Perdana Menteri, malah BN serta MIC yang diketuai Presidennya, G. Palanivel kian berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat India.Baca Seterusnya.

Kepada juak-juak Pakatan Haprak MMI nak pesanlah jangan ingat rakyat Malaysia bodoh ! Mereka tahu membezakan malah masa selama hampir 4 tahun yang diberikan sudah cukup untuk menceritakan siapa itu Pakatan Haprak sebenarnya.

Jangan berdalih lagi dan jangan cuba sesatkan rakyat Malaysia , ketahuilah kerusi empuk yang diberi pinjam oleh rakyat sewaktu 2008 lalu bakal diambil semula sedikit masa lagi.

Nikmatilah segalanya sementara masa masih berbaki !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels