Lelaki di atas mendakwa dirinya telah dipedaya Mazlan Aliman.Siapa Mazlan Aliman ? Siapa lagi kalau bukan kepala rombongan oren tu..
Beliau dan rakan-rakannya telah menunggu Mazlan di Wisma Felda, bila mereka difahamkan bahawa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu mengetuai perarakan menuntut Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dilucutkan dari jawatannya di lokasi berkenaan.
Lelaki berkenaan adalah salah seorang peneroka Kemahang 3 yang menang dalam saman gantirugi terhadap Felda berhubung gred kelapa sawit yang dibeli dari mereka.
Mengimbau kembali kenangan kemenangan saman mereka pada Ogos 2010, seramai 354 peneroka terbabit telah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk diberi pampasan berjumlah RM11.23 juta.
Mazlan dan Adun Kemahan Anizam Abdul Rahman dikatakan telah mengendalikan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi.
Para peneroka berkenaan menjangka dan mendakwa telah pun dijanjikan, dengan kemenangan saman tersebut mereka akan memperolehi RM30,000 seorang. Malangnya apabila agihan dibuat, mereka cuma memperolehi RM19,000 seorang.
Tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut, seramai 273 dari kumpulan asal telah menyaman firma guaman tersebut yang tujuan utama adalah menuntuk RM11,000 untuk setiap peneroka.
Namun, keadaan bertambah gawat apabila firma guaman tersebut melakukan saman balas terhadap 20 peneroka dengan tuntutan yang berikut:-
-Gantirugi am utk pendakwaan niat jahat RM5 juta
-Gantirugi am atas kecederaan reputasi diri dan perniagaan business RM5 juta.
-Gantirugi teruk untuk ditaksirkan.
-Gantirugi teladan dan pengajaran untuk dtaksirkan
-Faedah 8% setahun atas kesemua jumlah gantirugi dari tarikh saman difailkan sehingga selesai sepenuhnya.
Secara kasar, jumlah tuntutan berkemungkinan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan yang diterima para peneroka (RM11.23 juta).
Bagi kumpulan 273 peneroka tersebut, mereka menganggap Mazlan telah mempedaya mereka.
Jom tengok video kat bawah..
Mazlan Aliman ang goreng banyak sangat daa..
MMI.
he3... baru kau tahu puak2 ni sapa... sekarang kepala kauorg puak2 ni pusingkan balik...
ReplyDelete