MMI cukup tertarik dengan cerita daripada blogger otai berkenaan macam mana kantoinya Anwar dek perancangan dari jentera blogger pro BN terbaik ni.MMI sentiasa menghargai segala usaha blogger-blogger otai ni sebab pengalaman dan keberanian mereka dan paling menarik sekali mereka tidak pernah meninggalkan walau sesaat pun perjuangan mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.
Jadi kerana perjuangan mereka maka Anwar dan konco-konconya yang cuba menyerang UMNO sewaktu PAU2012 gagal.Semuanya kerana kecekapan blogger-blogger otai yang sememangnya sudah dikenali seantario negara.
Untuk itu jom kita sama-sama terjah apa yang sebenarnya berlaku ,
Cerita Di Sebalik Tabir Bagaimana Anwar Ibrahim Termakan Jerat Blogger
Semua orang sudah nampak dan sudah jelas siapa tok dalang yang memainkan peranan untuk menggerakan Deepak menjelang Perhimpunan Agung Umno.
Itulah buruk dan hudohnya perangai seorang peliwat. Sebab itu Nabi tak mengaku umat !
Mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kesempitan orang (Deepak) untuk memfitnah dan menyerang peribadi orang lain.
Selama ini penjilat-penjilat Anwar ingat Anwar seorang hebat, cerdik dan pintar. Tapi tahukah kamu bahawasanya Anwar seorang yang bodoh. Kalau dia cerdik dia tidak akan lari ke Kedutaan Turki. Kalau dia cerdik dia tidak akan melompat depan puluhan media apabila di tanya tentang jam tangannya. Dan yang paling penting kalau dia cerdik dia tidak akan terperangkap dengan video yang dipasang yang merakamkan aksinya bersama pelacur.
Yang terbaru dan terkini kalau dia seorang yang cerdik dia tidak akan terperangkap dengan mainan blogger-blogger pro BN beberapa hari lepas.
Saya telah mendapat persetujuan dari rakan-rakan blogger saya untuk berkongsi dengan anda semua kisah bagaimana kami berjaya membodohkan Anwar dua hari lepas. Tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak boleh kongsikan secara terbuka , harap anda faham.
Cerita mengenai Deepak menyerang PM dan isteri muncul serentak di harakah dan malaysiakini pada hari Selasa 27.11.12 hari majlis taklimat presiden PAU 2012.
Keluar sahaja cerita itu kami dah boleh agak itu adalah mainan politik musuh untuk membuat kacau semasa PAU 2012.
Dari saat itu team kami mula bergerak menggunakan kaedah masing-masing bagi mencari jawapan kepada tohmahan yang ditimbulkan
Menjelang tengahari 28.11.12 iaitu hari persidangan tiga sayap Umno kami semua berjumpa dan berbincang hal berkenaan. Jawapannya yang sahih telah ditemui.
Kami semua mengambil keputusan bersetuju untuk tidak menjawab isu berkenaan kerana tidak mahu terperangkap dengan mainan musuh yang mahu perkara itu menjadi kecoh semasa PAU sedang berlangsung.
Kita kata, biarkan mereka main puas-puas dulu, habis PAU kita akan jawab !
Syukur Alhamdullillah, di sini saya dapat lihat kematangan ahli-ahli Umno. Mereka juga tahu itu mainan musuh. Sepanjang empat hari di PWTC tidak ada kedengaran langsung hal berkenaan di dibincangkan. Baik dalam Dewan Merdeka, di Restoran Riverside, di coffee house Sri Pacific, di Starbucks The Mall hinggalah ke food court dalam The Mall. Tidak ada langsung bunyi sok...sek....sok....sek.....yang membicarakan hal Deepak.
Kami semua bersetuju untuk menjawab perkara berkenaan pada hari Isnin 3.12.12.
Tiba-tiba petang Sabtu ketika saya dan rakan-rakan berada di satu sudut dalam PWTC menyaksikan ucapan penggulungan Ketua Wanita Umno melalui skrin yang disediakan, kami mendapat panggilan dari Papa Gomo yang meminta kami ke food court di tingkat atas The Mall kerana katanya ada barang baik nak ditunjukkan.
Ketika itu hujan sedang turun, kami kata nantilah dulu Gomo kami nak dengar ucapan dan cuaca hujan, susah nak keluar PWTC dalam keadaan orang yang ramai dan susah nak melintas jalan kerana hujan. Dia kata tak boleh , datang sekarang kalau nak tengok.
Kami mengambil keputusan untuk pergi walaupun terpaksa bersesak-sesak untuk keluar dari PWTC dan meredah hujan. Apabila sampai komputer dia telah terbuka untuk menanti kedatangan kami.
Kami ditunjukkan beberapa klip video yang memaparkan perbualan Deepak yang disyaki dirakam dalam keadaan curi-curi sepertimana video correct....correct....correct.....
Apa lagi semua berkobar-kobar tak sabar nak tayangkan video tu.....
Ok sekarang kita nak dengar ucapan TPM dan PM , kita balik dulu ke PWTC dan akan berkumpul sebelah malam.
Bertemu kembali malamnya dan berbincanglah panjang lebar strategi yang hendak diguna pakai.
Ada yang kata kita lepaskan sahaja esok (Ahad). Ada yang kata kita lepaskan pagi Isnin , ada yang kata begitu begini dan bla bla bla , biasalah mesyuarat macam-macam pendapat.
Akhirnya satu keputusan dicapai !
Hari Isnin pagi kita akan keluarkan cerita sahaja. Video kita simpan dulu kerana akan ada orang-orang PKR yang bertaraf pendekar tempang yang akan bersuara kelak menafikan cerita itu. Kalau mereka tak nafi juga kita akan keluarkan sedikit demi sedikit bermula hari Rabu.
Katanya Parpukari, kalau Anwar sendiri yang bersuara lagi baik. Jawab GAP dan MIK serentak, itu bagai orang mengantuk di sorong bantal. Sebab dalam kepala kami semua kami fikir tidak mungkin Anwar akan bersuara.
Keputusan bersetuju untuk kita keluarkan cerita sebenar tanpa video pada hari Isnin , selesai mesyuarat hampir jam empat pagi.
Hari Ahad saya sendiri dan beberapa blog lain buat sedikit cerita bagi isyarat terlebih dahulu , rupanya isyarat kami itu sudah cukup untuk membuat mereka gementar.
Hari Isnin pagi beberapa blog, antaranya Sanggah Tok Janggut, MIK, GAP dan beberapa blog lain telah memainkan cerita siapa dalang di belakang Deepak. Cerita turut tersebar melalui twitter,fb,sms dan bbm.
Tup ! tup ! hampir jam tiga petang satu mesej melalui bbm masuk mengatakan Anwar dah buat kenyataan menafikan dia dan PKR terlibat dalam siri fitnah yang dibuat oleh Deepak.
Hah....apa ? Anwar nafi ? kat mana ? di malaysiakini.
Sukar beb , sukar untuk kami percayai.Apa lagi berlari dapatkan komputer , bila membaca berita itu saya tepuk dahi sambil berkata Anwar oh Anwar ! ku sangka kau cerdik rupanya bodoh beb lauk ! lauk !
Group bbm kami penuh dengan gelak ketawa mengenangkan kebodohan Anwar yang memberi bola tanggung kepada kami.
Niat hati nak dapat belanak , selar atau kembung ja.....tup tup dapat jerung pula ! kenduri sakanlah.
Apa lagi ???? Satu panggilan mesyuarat segera dipanggil !
Jam 5.30 petang semua kena ada di tempat yang diminta.
Bla bla bla bla bla meeting panjang lebar. Berhenti Maghrib dulu , sambung balik bla bla bla bla satu keputusan dicapai kita akan keluarkan video part berkenaan jam tiga petang Selasa.
Kenapa jam tiga petang ? Sebab kita nak tengok dulu sebelah pagi ada apa-apa kenyataan lain yang dikeluarkan atau tidak oleh orang-orang mereka.
Nampaknya rancangan berjalan seperti yang dijadualkan , maka jam 3 petang keluarlah video berkenaan di blog Gomo dan rakan-rakan lain. Saya tidak mengeluarkan di blog ini kerana pada hari berkenaan saya tidak berkesempatan untuk menghadap komputer. Sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang banyak tertunggak kerana minggu sebelum itu banyak hari yang dihabiskan di PAU 2012.
Itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana Anwar termakan jerat kami. Niat hati nak jerat pelanduk tapi gajah pula yang dapat.
Itulah hasil yang kita akan dapat bila kita kerja bekerja dalam satu jemaah dan segala keputusan diputuskan secara berjemaah.
Puak-puak PKR masih meroyan menuntut jawapan atau respon dari Najib , tapi Najib rileks, cool dan dapat mengakhiri ucapannya di PAU 2012 dengan penuh semangat serta mendapat sokongan padu ahli-ahli Umno.
Mereka nak heret Najib masuk perangkap atau game mereka. Tetapi Najib tak sebodoh itu.Sebaliknya Anwar pula yang gelabah , tiba-tiba dia gelabah semacam.Blogger baru cucuk sikit ja terus dia melompat adakan sidang media serta merta ish ish ish , macam pencuri yang berpura-pura kejar pencuri pula.
Orang yang tak bersalah akan tenang hadapi apa sahaja tuduhan. Bukan macam Anwar, Saiful belum habis lagi buat laporan polis dia dah lari dapatkan perlindungan di Kedutaan Turki. Kah kah kah kah !
Blogger baru cucuk sikit ja terus panggil sidang media tergesa-gesa sampaikan ada wartawan tak sempat datang dan terlewat sampai.Itulah gambaran bagaimana tergesa-gesanya sidang media Anwar Isnin lepas.
Kenapa sampai hari ini malaysiakini dan harakah yang menjadi portal pelopor yang menyiarkan berita Deepak langsung tidak mengulas atau menulis tentang rakaman video Deepak walaupun sudah tiga hari heboh di alam cyber ? Dah tertelan kahak hijau ke ?
Itu pun sudah cukup untuk membuktikan rancangan jahat mereka untuk memfitnah PM dan isteri serta niat untuk menghuru-harakan PAU 2012.
Sebelum video keluar Anwar panggil sidang media menafikan dia dan PKR terlibat.....
Sekarang video dah keluar, tak mahu panggil sidang media lagi ke ?
Terbaiklah..sumber RBF Online
MMI.
No comments:
Post a Comment