Followers

Wednesday, 5 December 2012

PANAS Pemuda UMNO Di Tuduh Lakukan Cubaan BUNUH !!


Sekumpulan pemuda UMNO di tuduh cuba melakukan pembunuhan terhadap penyokong PAS dalam satu program jelajah merdeka rakyat di Gombak semalam.Blog-blog pro pembangkang di lihat begitu teruja melaporkan tentang kejadian tersebut hinggakan terdapatnya dakwaan salah seorang penyokong mereka di rodok dengan pisau.

Wah ini satu tuduhan yang serius ! blog pro pembangkang kini dikesan sudahpun memulakan perang saraf mereka dengan memuatnaik gambar yang jelas sekali menuduh UMNO sanggup membunuh sesama umat.


Namun segalanya nampak seperti ada yang tak kena , bagaimana dalam semua gambar yang dimuatnaik dalam blog penyokong Pakatan Haprak langsung tidak menunjukkan sebarang gambar yang boleh dikaitkan dengan pergaduhan mahupun aksi-aksi membunuh ?

Sedar atau tidak tuduhan bahawa pemuda UMNO melakukan serangan terhadap individu adalah satu tuduhan yang amat berat.

Timbul kemuskilan dalam diri MMI apabila melihat gambar-gambar yang dimuatnaik ianya langsung tidak menunjukkan sebarang aktiviti mahupun pergaduhan berlaku seperti mana yang dilaporkan.



Sekiranya anda sudah pun melihat apa yang di wasiatkan pastinya anda tertanya -tanya juga mana gambar bagi membuktikan berlakunya pergaduhan ?

Malah dari pemerhatian MMI sendiri gambar-gambar yang dimuatnaik dalam blog-blog pro pembangkang langsung tidak menunjukkan berlakunya pergaduhan.

Dan ini menimbulkan syak kepada MMI , adakah tuduhan terebut benar-benar berlaku atau ianya hanyalah satu lagi serangan pembangkang terhadap pemimpin UMNO ?

Sama-sama kita nantikan !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels