Followers

Sunday 16 December 2012

PAS Bakal LAYU Di Tangan DAPigs !!


Saksikanlah sendiri bagaimana PAS "DILIWAT" hidup-hidup oleh rakan sepakatan mereka sendiri dalam konvensyen parti mereka. Sedangkan PAS begitu bersungguh-sungguh menjaga hati dan berulang kali menyatakan komitmen mereka sebagai rakan (atau balaci) yang setia dalam muktamar mereka baru-baru ini sehinggakan sanggup melupakan kewajipan menjaga ukhuwah sesama saudara Islam.

Namun, apabila DAP sebut sahaja mereka mahu tambahan kerusi untuk PRU, bukan setakat PAS dan PKR sahaja WAJIB cemas, malah lebih penting, orang Melayu patut sudah patut merasa gundah-gulana. Ini adalah kerana, tidak seperti PAS dan PKR yang hanya pandai beretorik dan suka mendabik dada, DAP hanya akan menuntut apabila mereka yakin yang mereka boleh dapat.

Mereka tidak menjadikan ceramah jalanan sebagai pengukur sokongan rakyat kepada mereka. Mereka menggunakan apa yang sepatutnya digunakan oleh parti-parti Melayu selama ini; kerja keras di peringkat akar umbi sehinggakan bilangan pengundi pasti dapat ditentukan melalui kiraan individu/head count!

Inilah yang berlaku di PR Negeri Sarawak yang lalu. Sebab itulah DAP berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang mereka tandingi; mereka benar-benar melakukan kerja 'sebenar' pilihanraya di peringkat akar umbi sehinggakan mereka boleh mengetahui dengan hampir tepat jumlah undi yang akan mereka terima. Mereka tidak perlu menunggu sehingga jam keputusan dimumkan untuk mengetahui hasil kerja mereka. Kadang-kala malam sebelum mengundi mereka sudah pasti mereka menang.



Persoalan untuk PAS dan PKR juga timbul kini, kerana mereka sepatutnya sedar yang mereka sudah"diliwat" oleh DAP. Dalam sibuk menjadi penchacai DAP di jalan-jalanraya dan berdemo sehinggakan memecah belahkan perpaduan ummah, DAP pula sibuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. Agak-agaknya kawasan siapa yang kini sudah bertukar pola demografi menjadi kubu kuat DAP? PAS atau PKR?!!

Inilah nasib orang Melayu. Terlalu berbaik sangka dan lurus bendul. Malas melakukan kajian teliti dan berfikir panjang. Baik UMNO mahu pun PAS. Jadi sekarang apabila DAP tuntut ' jasa baik' mereka untuk PAS dan PKR melepaskan lebih banyak kerusi untuk parti itu pada PRU akan datang, apa agaknya reaksi mereka?!!

Sanggupkah PAS menerima pemimpin kafir sebagai ketua negara mereka sendiri setelah bertahun-tahun memaki hamun dan mencaci maki pemimpin yang sama seakidah dengan mereka?!! PKR tidak usah tanyalah. Mereka memang sentiasa bersedia berkhidmat kepada sesiapa sahaja, asalkan mereka diberikan sedikit pengaruh dan kuasa. Lantaklah jadi boneka sekali pun.

Kalau ikutkan rekod "cemerlang" PAS sebagai pencacai DAP tegar beberapa tahun kebelakangan ini, rasa-rasanya PAS tidak ada masalah untuk mengalah bukan?!!

sumber mymassa

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels