Gambar Hiasan |
Semacam ada sesuatu yang tak kena bilamana pembangkang mahu membekukan pengambilan anggota polis baru jika memenangi pilihan raya umum akan datang.Malah ianya menimbulkan persoalan dalam diri MMI sendiri tentang tindakan yang terburu-buru ini , ianya dibuat berdasarkan kajian ataupun rujukan mana ?
Seperti yang semua tahu saban tahun pengambilan anggota baru tidak boleh dielakkan bagi menggantikan anggota yang bersara, berhenti atau menyambung pengajian.
Malah jika dilihat dari segi jumlah penduduk yang semakin bertambah langkah membekukan pengambilan anggota polis baru bukanlah jalan penyelesaian terbaik.
Agak janggal sekali cadangan yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar apatah lagi jika mengambil kira cabaran dalaman negara kini.
Bukankah selama ini orang ramai sering mengadu berkenaan kekurangan anggota polis bagi tugasan rondaan dan menjaga keselamatan awam ? Klik Sini
Bagi MMI cadangan oleh Nurul Izzah ini adalah sesuatu yang cukup pelik dan pada firasat MMI ianya mempunyai maksud yang tersirat disebalik cadangan tersebut.
Apakah pembangkang melihat institusi keselamatan khususnya pasukan polis sebagai halangan kepada segala gerak kerja mereka selama ini ?
Atau mungkin pembangkang mahu keselamatan dalam negara longgar supaya mereka dapat melaksanakan sesuatu yang selama ini tidak dapat dilakukan ?
Apa mungkin mereka sedang merancang sesuatu yang besar untuk dilaksanakan ?
Jika apa yang MMI nyatakan diatas ada kebenarannya bererti pembangkang kini semakin bahaya !
Bahayanya mereka barangkali boleh sampai ke tahap negara huru hara dan mungkin mereka berniat untuk merampas kuasa dengan cara kekerasan atau membawa bantuan asing bagi mencapai matlamat dan impian mereka ?
Berhati-hatilah kerana pembangkang sanggup melakukan apa saja , malah mereka juga sudah pun mempunyai jaringan persahabatan dengan pihak-pihak di luar sana yang boleh kita ragukan.
Bukankah semua itu boleh berlaku sekiranya keselamatan negara longgar ?
MMI bukan menuduh namun semacam ada sesuatu yang tak kena ! Ampa macam mana ?
MMI.
No comments:
Post a Comment