KUALA LUMPUR - Edge Financial Daily digesa menarik semula artikel yang disiarkan akhbar itu berkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhadap parti Melayu terbesar berkenaan.
Beliau berkata, tragedi berdarah itu merupakan detik hitam buat negara dan perlu dijadikan iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat keseluruhannya.
"Sejarah sudah tercatat berhubung apa yang berlaku dalam tragedi berkenaan dan semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkannya berlaku.
"Tindakan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas artikel yang disiarkan Edge Financial Daily versi tempatan tulisan Mohsin Abdullah pada 17 Disember lalu yang menyatakan tragedi 13 Mei 1969 dirancang UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.
Jelas Khairy, mana-mana pihak yang mahu menyiarkan artikel berkaitan isu sensitif seperti tragedi 13 Mei sepatutnya merujuk kepada fakta sejarah terlebih dahulu dan bukannya membuat kesimpulan berbentuk partisan.Baca Seterusnya
MMI yakin gerakan untuk mengelirukan rakyat serta membangkitkan sentimen perkauman akan terus berlaku malah lebih dasyat lagi akan kita lihat selepas ini.Dari pemerhatian MMI sendiri memandangkan tarikh pilihan raya yang semakin hampir di tambah dengan pelbagai isu yang tidak menyebelahi Pakatan Haprak pelbagai cara dan kaedah sudah pun di rancang oleh Pakatan Haprak semata-mata bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.
Malah Anwar Ibrahim sebagai antara perancang utama gerakan-gerakan seperti ini sudah pun memulakan apa yang MMI gelarkan sebagai "The Final Attack" dan ingatlah mereka sedang melakukannya.
Daripada sumber yang tidak boleh MMI dedahkan Anwar kini sedang merancang sesuatu yang cukup besar melibatkan kumpulan tertentu.Antara tujuannya untuk menyaingi kelebihan yang kini berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.
MMI masih memantau perkembangan tersebut sekiranya ianya benar-benar berlaku , MMI akan dedahkan semuanya..
Jangan main-main beb..juta-juta punya cerita..
MMI.
No comments:
Post a Comment