Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.
Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.
Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.
“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.
“Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.
Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu.
Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan menafikan sebarang penglibatan dengan skandal seks dan akan membuat laporan polis terhadap tuduhan itu.
"Saya akan minta polis untuk siasat dakwaan. Saya tidak terkejut kerana ia hanya cerita yang direka," kata beliau kepada wartawan.
Beliau mengulas mengenai sampul surat yang diterima oleh wakil rakyat pembangkang V.Sivakumar and A. Sivasubramaniam di luar dewan pagi tadi.
Sampul surat berkenaan mengandungi artikel yang dicetak dan sekeping cakera padat dengan gambar lucah, potret Ganesan dan seorang wanita.
Apakah ini merupakan satu lagi serangan terancang pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Datuk R.Ganesan selain dari serangan terhadap Barisan Nasional memandangkan tempoh masa PRU13 yang semakin hampir ?
Cumanya MMI agak pelik sikit , boleh pula pimpinan Pakatan Haprak dengan begitu mudah membuat laporan polis sedangkan sebelum ini merekalah yang sentiasa menyerang institusi keselamatan tersebut !
Malah tindakan ini seolah-olah dirancang , MMI bukan menuduh tetapi puak-puak Pakatan Haprak ni pandai berlakon..kita sama-sama tengoklah macam mana nanti.
Apa pun macam biasa kita serahkan kepada pihak PDRM untuk menjalankan siasatan.
MMI.
No comments:
Post a Comment