Followers

Tuesday, 8 January 2013

Aksi Ala Filem Con Air Di Pulau Pinang !!

Gambar Hiasan
Nampaknya pesalah dan penjenayah di negara kita semakin 'up grade" , bukan saja dari segi gerak jenayahnya tetapi juga dalam usaha dan cubaan melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang semalam jelas merupakan antara detik mencemaskan bagi kebanyakkan penduduk di sekitar Seberang Perai khususnya di Tasek Gelugor dan Kepala batas.

Ini berikutan sekumpulan pesalah dan penjenayah yang berada dalam tangkapan pihak polis berjaya melepaskan diri dengan satu tindakan ala-ala filem Hollywood dengan aksi lakonan pergaduhan sesama sendiri yang berakhir dengan anggota polis dipukul seterusnya bertindak melarikan van pihak polis.



BUTTERWORTH: Sekumpulan tahanan dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth, melarikan sebuah van polis selepas membelasah empat anggota polis pengiring di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini.  
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, sebahagian daripada sembilan tahanan terbabit dikatakan mencetuskan kekecohan dengan bergaduh sesama sendiri menyebabkan kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan dekat Pantai Bersih di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit turun dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan tahanan terbabit.
“Tiba-tiba seorang daripada tahanan membaling serbuk cili ke arah anggota kami sebelum melakukan serangan. Tahanan itu membelasah anggota terbabit dan meninggalkan mereka di tepi jalan sebelum melarikan kenderaan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat anggota terbabit yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, petang tadi.
Abdul Rahim berkata, van polis itu ditemui ditinggalkan di Padang Cempedak kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di mana tujuh tahanan melarikan diri manakala dua lagi tahanan tidak berbuat demikian dan ditahan semula.
“Kita percaya kejadian ini dirancang lebih awal dan pergaduhan sesama tahanan di dalam van berkenaan sengaja diadakan bagi melarikan diri,” katanya menjelaskan gerakan memburu tahanan terbabit giat dijalankan terutama di sekitar Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor.
Polis juga mengeluarkan beberapa gambar suspek bagi memudahkan pegecaman dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melepaskan diri itu.

MMI nak mengingatkan kepada penduduk dan masyarakat sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas supaya mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya kerana mereka-mereka ini diberitakan masih bebas.

Kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku yang boleh mengakibatkan pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

Berikan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk melakukan tindakan susulan kerana apa yang telah berlaku ini bukannya melibatkan pelakon-pelakon dari Hollywood kerana mereka adalah pesalah dan penjenayah yang sebenar.

Hati-hati semua..

MMI.

1 comment:

  1. kecuaian telah berlaku....SOP tidak dipatuhi...
    kenapa ada serbuk cili...dari mana OKT dapat...dan kenapa tiada pemeriksaan rapi.....

    smua ini adalah kerana ambil mudah...dan akhirnya menyusahkan penduduk setempat

    ReplyDelete

Labels