Followers

Monday, 7 January 2013

Apa Yang Tak Kena Dengan PERMATA ??


Kali ini MMI ingin kongsikan dengan anda perkara sebenar tentang PERMATA. Apa yang MMI tulis ini bukannya di kutip di tepi jalan. 

Idea untuk menubuhkan PERMATA muncul pada tahun 2006. Cetusan idea untuk menubuhkan PERMATA muncul kerana masalah gejala-gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat. 

Seperti yang kita tahu semakin hari dunia semakin moden dan cabaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak juga semakin meningkat.

Kita mungkin boleh kawal anak kita dari keluar rumah, tapi tahukah kita apa yang anak kita lakukan di dalam rumah ? Penjajahan internet pun sudah cukup untuk merosakkan minda anak-anak kita. Itu belum dikira lagi sewaktu mereka di sekolah atau keluar bersama kawan-kawan. Dalam apa cara sekali pun kita tidak boleh mengawal 100 % pergerakkan anak-anak kita. Cara terbaik untuk mengawal mereka adalah dengan didikan. 

Dipendekkan cerita, keruntuhan moral dan akhlak anak-anak di zaman sekarang semakin teruk. Oleh yang demikian perlulah difikirkan satu langkah bagaimana untuk mengatasi perkara itu. Jika tidak dibendung makin lama keadaan akan jadi makin teruk.  

Dengan niat yang baik pada tahun 2006 Datin Seri Rosmah yang ketika itu isteri TPM telah berjumpa dan berbincang dengan 25 individu yang terdiri dari golongan profesional, golongan pendidik, ahli akademik, doktor, polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain bagi membincangkan penyelesaian kepada masalah yang semakin hari semakin membimbangkan itu.

Hasil perbincangan 25 orang tersebut yang terdiri dari pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang telah membawa kepada kata putus bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan cemerlang perlu bermula sejak awal dan lebih berkesan sekiranya dimulakan ketika baru lahir.

Gabungan idea itu membawa kepada terbentuknya konsep setiap anak yang dilahirkan adalah sebutir permata. Seperti yang kita tahu sebutir permata ketika mula-mula ditemui ianya tidak akan kelihatan seperti permata. Kerana ianya dipenuhi dengan selut, tanah atau debu. Namun selepas diasah dan digilap dengan baik barulah ia akan bersinar dan bernilai tinggi. 

Begitulah juga dengan anak-anak kita....kena dengan didikan dan asuhan maka bersinarlah masa depan anak itu. Apabila masa depan anak bersinar yang untung adalah mereka dan kita sebagai ibu bapa juga sudah pastilah merasa gembira. Kalau mati pun, jasad di dalam kubur pun tenang kerana kita telah meninggalkan anak-anak yang baik dan berjaya.

Perbincangan demi perbincangan yang dilakukan oleh 25 individu tersebut maka tertubuhlah Permata Negara. Kerajaan pimpinan Pak Lah pada masa itu telah meluluskan agar Program Permata Negara diimplimentasikan melalui penubuhan Pusat Anak Permata Negara secara projek perintis pada tahun 2007.Baca Seterusnya



Begitulah PERMATA tujuan dan matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak selebihnya terpulanglah kepada ibu bapa itu sendiri bagaimana mahu mencorakkan mereka setelah meningkat dewasa.

Baca juga hasil tulisan penulis blog ini yang menceritakan tentang pengalaman beliau berkenaan PERMATA Klik Sini 

Bukankah usaha sebegini seharusnya kita sokong ?  

MMI yakin pasti ramai yang dok bertanya kenapa tiba-tiba MMI keluarkan entri berkenaan PERMATA ni ? Nak tahu kenapa ? 

Sebab MMI rasa Guan Eng dan juak-juaknya patut masuk PERMATA kerana disini mereka boleh diajar macam mana nak kira campur tolak darab dan bahagi !!

Kalau nak masuk bagitau , boleh MMI tolong daftarkan...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels