Sudah ramai yang mengetahui dan membicarakan topik budak-budak sekolah tadika belajar mengira , pelbagai persepsi timbul setelah Guan Eng keluar di TV3 baru-baru ni namun ada beberapa keraguan yang jika kita perhalusi ianya cukup tak masuk akal.
Keraguan Pertama
1. Sewaktu pemilihan itu berlaku, terdapat beberapa kem yang telah mengeluarkan senarai nama pada mana terdapat senarai 20 orang calon-calon yang perlu mereka pilih.
2. Yang menjadi persoalan di sini adalah nama Karpal Singh langsung tidak disenaraikan pada mana-mana senarai tersebut biar apapun kem yang mereka sokong.
3. Ini kerana Maharaja Lim Kit Siang inginkan kekosongan jawatan Pengerusi untuk diberikan kepada anaknya Lim Guan Eng.
4. Tetapi, selagi mana Karpal Singh masih ada di dalam CEC DAP, maka jawatan tersebut masih lagi terpakai untuk beliau.
5. Ini kerana di dalam perlembagaan DAP, jawatan yang disandang oleh Lim Guan Eng iaitu Secretary General hanya dibenarkan untuk 2 penggal sahaja. Lim Guan Eng telah menjawat jawatan tersebut pada pemilihan 2008 dan pada pemilihan 2012 baru-baru ini.
6. Pemilihan akan datang, Lim Guan Eng tidak lagi layak menduduki jawatan tersebut. Maka, sesuatu perlu dilakukan supaya Dinasti Lim akan sentiasa berkuasa sepenuhnya.
7. Tetapi, pada pagi pemilihan tersebut, Lim Kit Siang telah menghantar satu sms ringkas untuk memasukkan nama Karpal Singh pada saat akhir. Dan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Maharaja Lim adalah 'gospel truth', bermakna ia wajib untuk dipatuhi.
8. Persoalan yang timbul adalah mengapa beliau berbuat sedemikian setelah perancangan panjang telah diatur sekian lama?
Keraguan Kedua
1. Keputusan tersebut sepatutnya diumumkan pada pukul 5.30 ptg seperti yang dijadualkan.
2. Dengan perwakilan hanya seramai 2,500 orang sahaja, sepatutnya tidak perlu untuk mengambil masa panjang untuk mengumumkannya.
3. Tetapi telah diumumkan akan berlaku kelewatan kerana proses pengiraan mengambil masa yang lama walaupun dibantu oleh komputer.
4. Pada mulanya, keputusan tersebut hendak diumumkan pada keesokkan harinya. Setelah dibantah dengan kuat oleh semua perwakilan serta menampakkan imej buruk kepada DAP, keputusan tersebut diumumkan pada jam 9.00 malam.
5. Persoalan yang timbul adalah mengapa berlaku kelewatan pengumuman tersebut?
Keraguan Ketiga
1. Apabila keputusan diumumkan, secara mengejutnya terdapat 2 individu yang tidak disangka mendapat keputusan yang baik.
2. Yang pertama, Karpal Singh yang mendapat tempat ke-3 dengan 1,411 undi dan Vincent Wu di tempat ke-6 dengan 1,202 undi.
3. Karpal Singh tidak disangka kerana prestasi beliau pada 2008 hanya mendapat tempat ke-9 dan ramai ahli berpendapat beliau sebagai liabiliti kerana terlalu vokal tentang sesuatu perkara.
4. Maharaja Lim Kit Siang dan hampir keseluruhan kepimpinan DAP juga amat tidak suka kepada beliau kerana apabila PAS mencadangkan sesuatu perkara seperti hudud, Karpal akan dengan tegasnya menyuarakan pendapat beliau. Jika anda perhatikan, kedua anak beranak Lim akan diam apabila PAS menyebut negara Islam ataupun hudud.
5. Vincent Wu pula adalah satu individu yang tidak sangat dikenali di dalam DAP. Beliau dengan latar belakang pendidikan yang lemah, tidak menghabiskan darjah 6, telah terpilih sebagai kepimpinan tertinggi DAP. Vincent Wu juga merupakan pemandu peribadi kepada Maharaja Lim Kit Siang untuk sekian lama.
6. Perwakilan DAP sedar akan latar belakang Vincent Wu ini dan sudah tentu dengan senarai calon lain yang mempunyai ijazah, master mahupun Phd sudah tentu beliau bukanlah dikatakan favourite untuk menang.
7. Mengapa kedua-dua individu ini menang dengan majoriti yang tinggi walaupun ramai perwakilan yang mengaku tidak mengundi mereka?
Keraguan Keempat
1. Tiga minggu setelah pemilihan CEC ini berlaku, tiba-tiba sahaja DAP mengumumkan tentang berlakunya kesilapan teknikal dan Vincent Wu tidak patut menang dan Zairil Khir Johari pula ditambahkan undinya dari 303 undi kepada 803 undi dan secara langsung menaikkan beliau dari tangga ke-40 kepada tangga ke-20 seterusnya melayakkan beliau untuk mendapat tempat di dalam CEC DAP.
2. Persoalan yang timbul di sini pula, adalah mengapa setelah 3 minggu sahaja barulah disedari berlakunya kesilapan teknikal?
3. Dan mengikut logik akal, untuk menjaga integriti, maruah serta sokongan rakyat kepada DAP, seharusnya pengumuman ini tidak akan dibuat walau bagaimana teruk sekalipun kesilapan yang berlaku.
4. Apakah kesalahan yang lebih besar DAP cuba selindungkan sehinggakan terpaksa melakukan pengumuman tersebut?
Jawapan kepada keraguan di atas adalah kerana Karpal Singh ! Nak tau kenapa ampa Klik Sini.
MMI.
No comments:
Post a Comment