MMI bukan orang senang apatah lagi setanding dengan yang ada diluar sana.Namun sebagai rakyat dan warga Malaysia yang cintakan Bangsa,Agama dan Negara perjuangan tidak pernah diabaikan apatah lagi menempatkan perjuangan itu dalam almari buruk tinggalan arwah nenek yang dah lama tidak digunakan.
Walaupun almari buruk itu buruk tetapi ianya meninggalkan satu nostalgia yang cukup bererti kepada MMI.Almari itu adalah saksi kepada satu perjuangan memerdekakan sebuah negara yang dulunya langsung tidak punya apa-apa.
Sewaktu arwah nenek masih hidup , beliau selalu menceritakan kepada MMI betapa pentingnya kemerdekaan , perjuangan dan kemakmuran ini dipertahankan.Betapa susah payah jerit perih mereka-mereka terdahulu berusaha menyediakan sebuah "platform" terbaik supaya generasi selepas mereka mampu terus berjaya seharusnya diingati dan dihormati.
Maka kerana itu MMI tidak pernah berhenti daripada menyumbang segala yang termampu untuk melihat perjuangan ini diteruskan malah mahu pertahankan supaya amanah ini dapat diteruskan kepada legasi selepas MMI barangkali.
Namun perjuangan MMI tiba-tiba sedikit terencat kerana melihat sahabat seangkatan menerima musibah yang mungkin pengalaman pertamanya berdepan dengan situasi paling perit dan penuh ranjau ini.
Bukan soal imbuhan yang MMI perkatakan dan bukan juga nama tetapi setelah berjuang tanpa mengira masa dan wang ringgit apakah patut sahabat ini dibiarkan berseorangan ?
MMI sedih dengan apa yang berlaku , hampir pasti ketika kita tersenyum sambil menghirup secawan kopi sahabat kita barangkali merintih hiba mengenangkan perjuangannya selama ini seolah-olah langsung tidak dihargai.
Apakah sahabat tadi dan kita semua ini bukannya pejuang tulen ? Adakah hanya mereka yang tampil dengan fizikal dan tulang empat kerat sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang ?
MMI yakin sahabat tadi reda dengan apa yang berlaku dan sudah pasti tidak sepatah pun perkataan untuk undur keluar dari mulut beliau kerana sahabat ini tahu setiap perjuangan itu penuh dengan cabarannya.
Mungkin kali ini beliau terpaksa bertarung sendirian namun adakah pihak diluar sana mampu turun ke medan perang tanpa sahabat dan kita semua ?
MMI bukan menuding jari kepada mana-mana pihak cumanya dalam keadaan kita disebelah mereka dan selalu mempertahankan maruah mereka , apakah hari ini mereka-mereka itu hanya melihat tanpa melakukan apa-apa ?
Dalam masa tak sampai beberapa hari untuk berdepan medan sebenar penuh mencabar , APA MUNGKIN MMI HANYA SAMPAI DI SINI SAJA ?
Persoalan yang sukar untuk MMI muktamadkan !!
MMI.
Kalau ikutkan hati bro.. memang masih ramai yang tak pandang kepada sesetengah blogger nie terutamanya blogger pro BN. Mereka seolah-olah memang langsung tak dihargai.. Puak2 tertentu ni pon hanya pandang sebelah mata sedangkan saluran media nilah yang plaing berkesan dlm menagkis segala tomahan dan cabaran..
ReplyDeleteada jugak jenis segelintir puak2 yang tak kenang jasa blogger pro BN nie. Masih ramai ahli2 UMNO/BN yang lembab.! itulah realitinya.
Teruskan perjuangan...pasti ada hikmahnya...In shaa Allah...
ReplyDelete