Pisau.net yang menggemparkan dunia maya dengan berita pendedahan tentang isu tanah di Kelantan baru-baru ini benar-benar menyentap jiwa raga pemimpin Pakatan Haprak khususnya Nga dan Ngeh sehinggakan menawarkan RM1000 kepada sesiapa saja yang mendedahkan identiti pengendali laman blog tersebut.
Namun sehingga kini mereka masih gagal mengesan siapa sebenarnya pisau.net dan pastinya Pakatan Haprak akan lebih tertekan dengan entri terbaru daripada blog tersebut.
Barangkali Nga dan Ngeh lupa bahawa semangat setiakawan kami barisan blogger lebih kental dari menerima sogokan wang ringgit semata-mata untuk menjadi pengkianat kepada rakan seperjuangan.
MMI yakin dan percaya entri terbaru daripada pisau.net pastinya akan menyebabkan puak-puak di sebelah sana semakin panas punggung dan nampaknya kali ini ianya lebih menjurus kepada kerajaan PAS di Kelantan.
Untuk makluman semua entri terbaru pisau pastinya akan menelanjangkan PAS yang selama ini berselindung disebalik serban dan tasbih sedangkan hakikatnya mereka lebih rakus dari Zionis.
Pendedahan Pisau mengenai isu ini setelah diselidiki rupanya bukanlah isu baru sebaliknya pernah didedahkan oleh blog pro pakatan MediaPerak.net sejak Jun 2012.Bukan saja tanah di Kelantan sebaliknya MediaPerak.net mendedahkan lebih terperinci secara bersiri Klik Sini
Kenapa ketika forum menjawap isu tanah PAS gagal sama sekali untuk menjawap 20 persoalan bagaimana tanah Kelantan boleh jatuh ke tangan orang luar? Baca Selanjutnya
MMI.
No comments:
Post a Comment