Senarai nama bakal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telahpun diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata BN Pulau Pinang yakin calon yang disenarai pendek itu mampu menang namun perdana menteri yang juga pengerusi BN akan membuat keputusan muktamad mengenai pemilihan calon.
"Kata putus mengenai calon terletak di tangan pengerusi BN dan saya di peringkat negeri hanya mampu memberi pandangan dan maklum balas terhadap senarai calon yang dipilih itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM200 kepada 572 pelajar cemerlang yang mendapat 8A dan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah.Baca Selanjutnya
Masanya sudah semakin hampir kini semua calon BN bagi menghadapi PRU13 sudah di kenal pasti.Malah mereka-mereka yang saban hari dan waktu bekerja bagi pihak parti mendekati rakyat seharusnya lebih bersedia kerana "Winnable Candidate" bagi satu-satu kerusi sama ada parlimen dan dun hanyalah untuk seorang calon sahaja.
Disinilah kesetian anda bakal diuji , jika sebelum ini sering saja keluar dari mulut siapa saja yang dipilih oleh Presiden akan di sokong maka seluruh rakyat akan menilai sama ada anda benar-benar pejuang parti atau sekadar mencari tempat dan ruang.
Kepada calon-calon yang mungkin tidak dipilih JANGAN JADI TALAM DUA MUKA !!
Kerana kini sudah mula kedengaran apa jadi pun SAYA TETAP BERTANDING !!
Kepada rakyat dan penyokong parti masa semakin suntuk , pengalaman dan sejarah 2008 adalah bukti terbaik maka bertindaklah sebagai seorang manusia waras yang berpegang kepada janjinya.
MMI.
No comments:
Post a Comment