Followers

Friday 11 January 2013

Haa LAWAN ! LAWAN ! Toya Ampa La Baru Dok Buat KALUT !!


Dewan Ulama Pas kekal dengan pendirian yang kalimah Allah hanya khusus bagi agama Islam justeru agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, pendirian itu hanya merujuk kepada penggunaan kalimah suci itu di dalam kitab Bible, versi bahasa Melayu kerana dalam agama Kristian, telah menyebut tuhan bagi seluruh penganutnya ialah Nabi Isa, bukannya Allah.

Bagaimanapun beliau mengelak daripada menyatakan pendirian dewan itu ketika diminta mengulas ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan keputusan parti itu bahawa kalimah Allah boleh dikongsikan bersama dengan bukan Islam.

Harun membayangkan beliau tidak mahu diseret dalam kontroversi baru yang tercetus kerana reaksinya yang mula dilihat bercanggah dengan pendirian parti sebenarnya hanya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan awalnya.

"Kenyataan saya khusus kepada komen yang dibuat Lim Guan Eng sebelum ini. Itu saja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai keputusan Pas bersama majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut semua agama dalam mesyuarat semalam.

Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu dilaporkan mempertahankan keputusan yang dibuat oleh parti itu dua tahun lalu kerana Islam tidak melarang penggunaan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal dalam al-Quran.

Harun yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, mengulangi yang beliau sebenarnya hanya melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sahaja.

Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam Bible Bahasa Melayu.

MMI kata ulama apa ampa ni ? ulas tentang isu Guan Eng tapi bab Hadi dok diam ! 

Kepala otak ampa !!

sumber utaranews 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels