Followers

Tuesday, 1 January 2013

Hadi Awang Menari TANGO ? HAPRAK !!


MMI nak ingatkan kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam , Amanat Haji Hadi yang kini sudah mencetuskan tsunaminya yang tersendiri sebenarnya hanyalah satu isu yang mampu diselesaikan hanya dalam masa tak sampai 5 minit.

Namun kerana sikap Bongkak Hadi sendiri maka berpusing-pusing isu ini menghiasi dada-dada akhbar dan media.Tindakan beliau yang mahukan 1 jam di saluran perdana bagi memperjelaskan amanat bangsatnya hanyalah satu tarian yang kini sedang ditarikan dengan begitu rancak oleh Hadi.

Susah sangatkah untuk Hadi menyatakan sebaris kenyataan yang rasanya begitu mudah untuk diungkapkan ? Apa berat sangatkah lidah Hadi untuk menyatakan sama ada menarik balik amanat tersebut ataupun tetap pertahankannya ?

Inilah sebenarnya permainan politik yang sedang dimainkan oleh Hadi dan juak-juak Pakatan Haprak.

Lebih malang apabila Hadi sekali lagi meneruskan rentak tariannya kali ini dengan gaya TANGO pula apabila keinginan beliau yang penuh bernafsu itu untuk tampil selama 1 jam di saluran perdana mendapat maklum balas daripada pihak yang berkenaan cumanya Hadi perlu membuat surat permohonan dan ini ditempelaknya dengan sombong dan angkuh sekali.

Perlu diingat tidak ada sesiapa pun yang menjemput beliau untuk ke udara di saluran perdana , dalam soal ini beliau sendiri yang membuat permintaan maka sebagai seorang pemimpin apa kah susah sangat untuk Hadi mengarahkan orang-orang kanannya mahupun orang-orang parti sendiri menyediakan surat tersebut ?

Disini saja kita sudah dapat melihat bahawa Hadi sebenarnya tidak ikhlas malah bongkak dan sombong !

Kata Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media. 

“Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara ‘live’ (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran,” jelasnya.Baca Seterusnya

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.Merujuk kepada kenyataan oleh Dr Rais Yatim Baca Sini.

Jika ikutkan hati banyak pihak di luar sana , jangan di layan langsung permohonan oleh Hadi untuk bersiaran disaluran perdana.Kerana kita tahu Hadi sedang memberikan alasan demi alasan kerana beliau semakin terhimpit oleh desakan banyak pihak supaya menarik balik amanat beliau.

Namun kita seharusnya tidak berkelakuan seperti beliau , MMI rasa layan saja tuntutan beliau dan aturkan secepat mungkin kerana seluruh rakyat pastinya akan mengikuti dengan penuh minat penjelasan yang mahu dibuat oleh Hadi.

Kita nak tengok sejauh mana Hadi nak menari dengan amanatnya.Ini merupakan peluang terbaik untuk UMNO dan kerajaan memperlihatkan kepada rakyat siapa sebenarnya Hadi Awang.

MMI masih mengikuti perkembangan isu ini dengan penuh minat..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels

Politik (491) PAS (211) PRU13 (152) Pakatan Haprak (134) Pembangkang (92) DAP (90) Anwar (86) Berita (80) BN (73) Lahad Datu (73) Artis (65) Santai (63) PKR (61) Artikel (57) Guan Eng (55) Informasi (46) PG13 (40) Rejim DAPigs (38) Malaysia (36) UMNO (36) Nik Aziz (31) Nurul Izzah (30) PM (29) Blogger (27) Datuk Seri Najib Tun Razak (27) PDRM (25) Cewek Seksi (20) Hina Islam (20) Hadi Awang (18) Liwat (17) Biadap (16) PAU2012 (16) Polis (16) Kerajaan (15) Saman (15) Selangor (14) Aksi Seks (13) Khalid (13) Video Anwar (13) Gambar Bogel (12) Tasek Gelugor (12) Tun Mahathir (12) Abby (11) Fitnah (11) Kalimah Allah (11) ATM (10) Khalwat (10) LGBT (10) Pulau Pinang (10) Azmin Ali (9) Bajet (9) Mat Sabu (9) Nasharudin (9) Pengganas (9) Air Asia (8) Tian Chua (8) Wan Azizah (8) DUN Pulau Pinang (7) Misteri (7) PR (7) Rafizi (7) Saiful Bukhari (7) Zulkifli Nordin (7) Harimau Malaya (6) KJ (6) Karpal Singh (6) Kedah (6) MCA (6) Pemuda PAS (6) SUARAM (6) Tmn Manggis (6) Azizan Razak (5) Mahasiswa (5) Palestin (5) Rasis (5) Rasuah (5) Shila Amzah (5) AES (4) Anti Lynas (4) Dinasti Anwar (4) Gpms (4) Harakah (4) Kelantan (4) Kencing Kuat (4) Khidmat Masyarakat (4) Majlis Syura (4) NGO (4) Pelacuran (4) SPR (4) Yahudi (4) Ambiga (3) BR1M (3) Chua Soi Lek (3) Datuk Seri Shahrizat (3) Doa (3) Israel (3) KDN (3) Mansor (3) Nasruddin (3) Parlimen (3) Royalti Minyak (3) Unit Sengal (3) Urut (3) pencacai (3) Altantuya (2) Analisa (2) Azhar Idrus (2) BNYCT (2) Babi (2) Bayan Mutiara (2) Bersih 3.0 (2) Bolasepak (2) Bongkar (2) Dinasti Lim (2) Dong Zong (2) Dr Maza (2) Dr Mazlan Ismail (2) Fathul Bari (2) Hudud (2) Husam Musa (2) Jam (2) KP1M (2) Komunis (2) Krisis Air (2) Kroni (2) Lost And Found (2) MPPP (2) Mahfuz (2) Mak Lampir (2) Manifesto (2) Pemimpin (2) Pemuda BN (2) Rosmah Mansor (2) SJKC (2) Sabotaj (2) Sesat (2) Shaikh Hussein (2) Taufan Sandy (2) Teluk Air Tawar (2) Tengku Razaleigh (2) Tun Siti Hasmah (2) Utusan Malaysia (2) Vat69 (2) Wanita (2) Agung (1) Ali Rustam (1) Alien (1) Azwan (1) Bahasa Ringkas (1) Banner (1) Bob Lokman (1) Boikot (1) Bumi (1) Cheng Ho (1) Cybertroopers (1) Dato Jasmin (1) Deepak (1) Deepk (1) Dewan Rakyat (1) Digi (1) Dokumen Sulit (1) Drama (1) Elenin (1) Fatwa (1) Gangster (1) Gerakan (1) Hijrah (1) Hutan (1) JMPP (1) Jaclyn Victor (1) Jihad (1) KBJ (1) Konspirasi (1) Kota Belud (1) Kuih Pau (1) Lembah Sireh (1) Lembu Korban (1) Lompat (1) M.Nasir (1) MAS (1) Maal Hijrah (1) Malik Itik (1) Maulidur Rasul (1) Mengamuk (1) Milea Aimilia (1) PMR (1) Piala Malaysia (1) Pondan (1) Psy (1) Putrajaya (1) Rank (1) Rempit (1) Roboh (1) SPM (1) Sekular (1) Senad Hadzic (1) Sesak (1) Sheila Amzah (1) TV3 (1) Tanda Putera (1) Tarian Tiang (1) Tentera Tikus (1) Treler (1) Tun Abdullah (1)