Followers

Wednesday, 2 January 2013

HADI KANTOI Dengan Penipuannya SENDIRI !!


Kenyataan di bawah adalah jawapan kepada persoalan mengapa Hadi Awang masih berdolak-dalih dalam soal amanat puakanya.Ianya juga adalah jawapan kepada sikap Hadi yang bongkak dan sombong kerana selama ini beliau JELAS menipu rakyat dan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya juak-juak PAS yang ada sesetengahnya sudah pun mati katak.

Ang tanggung lah Hadi oi !!

Dalam Dasar Bersama Buku Jingga menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah ;-

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO & BN.

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’".(Amanat Hadi)

Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan amanat tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.Baca Seterusnya.

Jika merujuk kepada kenyataan diatas maka Hadi sebenarnya bukan saja menentang UMNO tetapi turut menentang sahabat sesyurganya tetapi aneh Buku Jingga di tatangnya dengan penuh minat.

Tipu la lagi Hadi , orang dah mula kenal siapa Hadi Awang sebenarnya..

MMI.

1 comment:

  1. Ibarat pemilik ayam laga ditepi gelanggang, ketawa dan gembira dengan bakul wang taruhan, manakala yang mati dan luka ialah ayam-ayam peliharaannya. Itulah Hadi.....

    ReplyDelete

Labels