Apa yang direnungkan oleh si pelajar ini agaknya ? Apakah beliau sedang memikirkan tentang mencapai keputusan cemerlang atau sedang mempersoalkan diri sendiri mengapa aku disini ?
Seperti yang dijangka, beberapa kerat pelajar IPT yang perasan mereka hebat dan kononnya memperjuangkan hak kaum pelajar, cuba buat kecoh dan cuba tunjuk hebat menjelang tengah malam sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka.
Kebanyakan mereka yang merupakan pelajar-pelajar yang bernasib baik kerana status Melayu dan Bumiputera, cuba menimbulkan kegemparan di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan demonstrasi selain menaikkan bendera SANG SAKA MALAYA yang mereka rasakan, itulah bendera Malaysia yang sebenarnya, walaupun sejarah yang mereka faham tentang bendera tersebut ternyata hanyalah sejarah yang tidak pernah wujud.
Setakat itu sajakah keupayaan anak-anak muda yang berdiri bersama GAMIS pada malam ambang 2013 baru-baru ini ? Kena ingat setiap tindakan yang dilakukan memberikan gambaran sejauh mana tahap intelek seseorang itu.Dalam soal ini anak-anak muda berbangsa Melayu yang berhimpun di Dataran Merdeka dilihat sudah hilang arah malah hilang integriti sebagai pelajar yang mengaku berada di antara pentas tertinggi dalam bidang pendidikan.
Melihat kepada gerak kerja mereka dan penyebaran risalah tentang bendera sang saka malaya cukup menyedihkan malah tindakan meraung-raung menuntut supaya kerajaan memberikan pendidikan percuma cukup memalukan kerana semua pihak sudah sedia maklum setiap pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sudah pasti akan mendapat pelepasan daripada membayar semula pinjaman mereka.
Ini merupakan galakan dan motivasi yang sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh barisan pelajar bukan dengan berdemo menuntut pendidikan percuma sedangkan rakan-rakan seangkatan dengan mereka yang lain berada diatas meja mentelaah ilmu bagi menggapai matlamat dan impian menjadi pelajar cemerlang.
Malah tindakan Muhamad Azan Safar yang mengetuai kumpulan anak muda tersebut cukup memalukan.Bagi seorang pemimpin anak muda beliau sepatutnya mengetuai mereka untuk berjaya kerana jalannya sudah tersedia malah beliau seharusnya menjadi antara pelajar yang paling kedepan dalam mengejar kecemerlangan bukannya dengan bertindak dan menjadi pencetus kepada sikap malas yang mencari jalan mudah untuk berjaya.
Tindakan beliau membakar gambar pemimpin juga merupakan klimaks kepada kejahilan beliau dan bukti jelas gerakan mereka sebenarnya didalangi oleh mereka-mereka dari barisan pro pembangkang.
Sebelum melakukan upacara membakar gambar Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin serta Rais Yatim , MUHAMAD AZAN SAFAR Presiden GAMIS bagi tahun 2012 membuat ucapan yang berapi-api di hadapan rakan-rakan demonstrasinya. Dalam ucapannya, MUHAMAD AZAN SAFAR telah menyatakan, Kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Najib Abdul Razak sebagai sebuah KERAJAAN ZALIM.
Apa yang zalim dalam sistem yang dilaksanakan sekarang, memandangkan wujudnya manusia otak beku seperti MUHAMAD AZAN SAFAR dan kawan-kawannya, yang mahukan pendidikan percuma, sedangkan mereka sendiri merupakan pelajar-pelajar ehsan yang belajar kerana status Melayu-Bumiputera, dan bukannya kerana LAYAK MASUK berdasarkan merit?
Demontrasi tersebut berakhir dengan penuh dramatik dan BUKTI betapa lemahnya minda anak muda yang mengaku terpelajar ini.Bahkan, lebih tepat lagi, kebodohan dan kebekuan otak mereka, boleh disaksikan menerusi pelepasan BENDERA SANG SAKA MALAYA ke udara dengan menggunakan belon tepat jam 12:00 tengah malam.
Kelompok seperti Presiden GAMIS dan barisan pelajar-pelajar IPT yang datang berdemonstrasi itu sebenarnya terpengaruh benar dengan cerita dongeng SANG SAKA MALAYA walhal bendera berkenaan tidak pernah wujud pun, baik pada tahun 1947 atau tahun-tahun sebelumnya apatah lagi selepasnya. Kalau ada pun bendera yang hampir serupa adalah BENDERA RAKYAT yang dicipta oleh Parti Komunis Malaya yang cuba menubuhkan Republik Rakyat Komunis Malaya selepas pengunduran tentera Jepun dan selang masa sebelum pentadbiran tentera British (MBA) pasca Perang Dunia Kedua.
Dan kerana itulah, berselindung di sebalik perjuangan hak pelajar IPT, kelompok pelajar keciciran ini yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam, akhirnya menunjukkan belang sebenar apabila tampil dengan slogan TOLAK UMNO, walaupun hakikatnya, perjuangan memasukkan mereka menjadi sebahagian daripada komuniti berpendidikan tinggi telah dibuat oleh UMNO semenjak dari zaman sebelum merdeka, berbanding DAP yang melihat Melayu keciciran seperti pelajar-pelajar yang berdemonstrasi itu tidak layak masuk IPT.
Seperkara yang harus mereka tahu adalah tindakan berdemo di Dataran Merdeka baru-baru ini adalah BUKTI bahawa pemilihan mereka ke IPT hanyalah kerana bantuan dan ehsan dari kerajaan kerana status Melayu-Bumiputera, dan bukannya kerana LAYAK MASUK berdasarkan merit.
Setakat itu sajakah maruah pelajar IPT ? Rasanya yang lain-lain boleh jawab...
Lagi berita dan gambar di blog matkilaupenang
MMI.
No comments:
Post a Comment