Selesai sudah satu perarakan dan perhimpunan melibatkan juak-juak Pakatan Haprak semalam.Namun ada sesuatu yang menarik perhatian MMI sepanjang himpunan tersebut berlangsung yang rasanya perlu dikongsikan dengan ampa semua.
Semenjak pagi semalam hinggalah ke petang MMI tidak nampak sebarang sepanduk yang diangkat oleh mana-mana juak Pakatan Haprak yang mengaku Islam menuntut supaya kalimah Allah dipertahankan.
Sebab dari maklumat yang sampai ke telinga MMI terdapat juak PAS yang turut tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam hadir dalam himpunan tersebut namun mungkin kerana terlalu taksub dengan acara marathon bagi mengeluarkan peluh membuatkan lidah mereka kelu kerana terlalu taksub menatap wajah Anwar barangkali.
Jika merujuk kepada kenyataan MMI diatas maka kesimpulannya mudah , 80,000 yang kononnya hadir semalam (angka sebenar hanyalah 40,000) jika dipecah mengikut kaum dan agama masing-masing maka congak matematik mudah kira separuh daripadanya adalah mereka yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam yang sudah pasti SETUJU dengan Hadi Awang agar kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Jangan main-main beb jika benar statistik ini bererti 40,000 orang Melayu beragama Islam menyokong Hadi supaya kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam !!
Dan untuk makluman ampa semua , MMI sudah pun mendapat bukti jelas mengapa juak-juak dan pemimpin PAS khususnya Hadi Awang berterusan menyokong bukan Islam mengguna pakai kalimah Allah.
Untuk mengetahui jawapannya ampa KLIK SINI
Tak mustahilkan ??
MMI.
No comments:
Post a Comment