Followers

Monday, 21 January 2013

Malaysia Bakal Jadi FreeMason ???


Tahniah! saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013',  yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari 2013 ini. Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. Jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Terus terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islampun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama yang membenarkan hiburan melampau.

Namun,  dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, serta menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam. Tidak cukup dengan itu, garis panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani berkata "menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"

Kenyataan seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana presiden persatuan seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil. Personaliti tersebut terpaksa akur. Kepada persatuan seniman, “Gua tabik lu bro! walaupun banyak filem lu yang gua tidak suka, tetapi dalam isu ini, gua bersama lu dan lu hebat bro!”. Ternyata, jiwa Islam kamu masih kuat. Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.

Pada saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak JAKIM pada tahun 2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil kira pandangan ulamak kontemporari, Yusuf al- Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberansangkan kepada perbuatan dosa. Ini bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan mematuhi garis panduan.

Persoalannya, kenapa kita terlalu obsess dengan hiburan yang melampau?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke 2 pada 12-13 Mei 1981, telah membuat keputusan, nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; Mendengar nyanyian dan pancaragam
 adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan  fitnah; dan menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus. 

Saya berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, JAKIM, Majlis Fatwa adalah adil untuk semua pihak, sama ada Islam atau bukan. Tidak ada suatu agamapun yang menggalakkan hiburan yang melampau, kecuali gerakan freemason yang dipelopori oleh barat, pemimpin parti ultra kiasu dan beberapa pengamal media elektronik.

Hairan saya, kita semua begitu beriya-iya memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan Islam, tidak ketinggalan agama minoriti Sikh. Maka tunaikanlah hak ALLAH tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu mereka turut akan akur kepada garis panduan ini demi menjaga martabat dan maruah manusia. Malangnya, mereka menentang habis-habisan, mahu bebas sebebas-bebasnya. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik beradik menyanyi dan menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?

Apa yang sebenar bukan Islam mahukan? Mana lebih baik antara telanjang dengan menutup aurat? Jawab dari hati kamu!

Ingin saya bertanya, kebebasan apakah yang tergugat? Kita tidak kisah orang telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas) dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan?  Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara tentang amalan seks songsang seperti LGBT? Apakah parti ini mungkin akan menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan disokong, kebaikan pula ditentang.

Bila ada sesuatu yang melibatkan kononnya kepentingan mereka, maka dikatakan bercanggah dengan perlembagaan. Persoalan saya, jika mahu berhujah mengenai perlembagaan, maka iktiraflah hak istimewa agama Islam, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu, dan banyak lagi? Kenapa terlalu kerap membangkitkan isu sensitif ini? Kita peralatkan perlembagaan untuk merosakkan negara ini.

Ultra kiasu turut memberi amalan, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat, tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat, tetapi suara syaitan.

Saya harap PAS tidak akan goyah dengan tekanan ini. UMNO hendaklah menyokongnya. Kita hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat pusat. Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH juga kepunyaan mereka.

Kadang kala saya hairan, mereka yang mahu mengaku ALLAH tuhan mereka, tetapi perangai dan tingkah laku tidak mengikut suruhan dan larangan ALLAH. Saya amat khuatir pertunjukan hiburan negara kita nampak lebih barat dari barat. Begitu juga dengan gaya dan cara hidup. Stail dan warna rambut amat menjelekkan. Kita sangka itu moden, tetapi penampilan lebih hodoh daripada beruk. Nasib baik beruk tidak boleh bercakap. Jika tidak, beruk akan berkata, “kamu ni manusia, aku beruk, tetapi kamu lebih teruk dari aku beruk”. Lebih membimbangkan lagi ada perancangan tangan-tangan jahat untuk merosakkan identiti dan jati Islam. Bila identiti ini sudah tercabut, maka ketika itu tidak ada apa-apa lagi yang perlu dikhuatirkan lagi kerana negara ini sudah menjadi negara freemason.


Sudah sampai masanya untuk bersatu atas nama kekuatan Agama,Bangsa dan Negara.MMI yakin penyatuan itu mampu memberikan berjuta manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.Tinggalkan mereka yang tidak sehaluan atau masih dengan kepompong kuasa dan dendam yang paling penting kini usaha bersama kearah kebaikan semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia.

Apa guna menang politik jika maruah bangsa di pijak-pijak !
Apa guan menang politik jika kesucian agama dicarik-carik !
Apa guna menang poilitik jika kita masih menjadi hamba !

Dan paling penting ,

Apa guan menang politik jika kita sendiri tidak BERKUASA !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels