Followers

Saturday 19 January 2013

Mana Juak-Juak PAS Pulau Pinang ??


Isu kalimah Allah yang mengejutkan banyak pihak kerana kronologinya yang begitu menarik kini memasuki fasa paling genting khususnya bagi parti PAS.Jika sebelum ini PAS melalui pimpinannya bukan main sakan lagi kata sana halal sini boleh kini mereka sendiri yang menarik balik keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Majlis Syura PAS sudah pun membuat keputusan dan turut disokong oleh pemimpin 360 darjah mereka Nik Aziz dan Mat Sabu cumanya sehingga ke hari ini hanya Hadi Awang saja yang nampaknya dah kembali bertapa bagi mencari formula terbaik untuk mempertahankan maruah sendiri.

Walaupun PAS secara umumnya sudah pun mengeluarkan keputusan untuk tidak membenarkan kalimah Allah supaya tidak digunakan oleh bukan Islam tetapi keputusan bersama dalam Pakatan Haprak yang dibuat oleh Hadi,Anwar,Kit Siang dan Mat Sabu masih seperti asalnya.

Maka sampai bila juak-juak PAS mahu berdiam diri ? sebagai sahabat sesyurga dalam Pakatan Haprak adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan keputusan tersebut ditarik balik selari dengan keputusan parti PAS.

Soalnya mengapa sehingga kini Guan Eng individu pertama yang mencetuskan isu ini masih enggan menjawab isu kalimah Allah yang dicetuskannya ? 
GEORGETOWN 18 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan menjawab dan mengelak daripada cubaan wartawan sekali lagi untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan Pas menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
"Saya tidak akan bercakap di hadapan media Barisan Nasional (BN)," itu alasan Lim apabila wartawan meminta komennya selepas majlis sambutan Thai Ponggal di pejabat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang semalam.
Beliau kemudian beredar meninggalkan majlis dengan senyum sinis kerana wartawan terus mengejarnya.
Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh setiausaha agung DAP itu dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut.- BERNAMA
Mana suara Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Salleh Man dan juak-juaknya khususnya barisan Pemuda PAS Negeri dalam hal ini ?

Mengapa langsung tidak ada sebarang kenyataan mahupun desakan terhadap Guan Eng supaya dengan segera menjelaskan pendiriannya sama ada menghormati keputusan PAS atau tetap dengan pendiriannya ?

Dalam hal ini MMI nak tunggu tengok sejauh mana PAS Pulau Pinang termasuk para bloggernya nak menari tak pun lebih suka pilih cara Hadi BERTAPA...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels