Followers

Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts
Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

PAS + Tabung + Derma = PRU13 ?!!! #GE13 #TolakPR


Banyak pihak sudah pasti faham benar istilah tabung ini cukup sinonim dengan parti PAS.Sebut saja dalam mana-mana pentas ceramah sudah pasti pelancaran demi pelancaran akan diumumkan kononnya bagi tujuan sebuah perjuangan.

Maka tak hairanlah dalam beberapa isu besar juga pihak yang sama turut berlumba-lumba menubuhkan tabung masing-masing.

Dalam insiden Lahad Datu misalnya Dewan Pemuda PAS dikatakan mengadakan kutipan derma, kononnya untuk mangsa pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Sejauh mana ampa yakin kutipan derma ini tidak diselewengkan untuk kempen PRU13?


Melihat kepada gambar diatas sudah pasti ianya merupakan satu usaha untuk sama-sama membantu mereka-mereka di Lahad Datu dengan pelancaran Tabung Rakyat Prihatin.Mendermalah seluruh rakyat Malaysia dengan niat yang suci untuk membantu rakan-rakan kita di Lahad Datu.Tahniah PAS kerana sama-sama memikul tanggungjawab ini.

Namun seperkara yang harus ampa semua tahu adalah sejauh mana KEWUJUDAN TABUNG RAKYAT PRIHATIN itu benar-benar WUJUD ? 


Apakah PAS sedang bersandiwara dengan rakyat ? Kepada penderma sejauh mana keyakinan ampa yang sumbangan itu bakal di terima oleh mereka-mereka yang sememangnya memerlukan sekiranya setiap penderma memasukkan derma mereka ke dalam akaun yang jelas tertera kepunyaan PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan bukannya TABUNG RAKYAT PRIHATIN?

Ada beza akaun TABUNG RAKYAT PRIHATIN dan juga PARTI ISLAM SEMALAYSIA !!!

Dalam hal ini wujud satu persoalan mudah , Bagaimana PAS boleh menentukan jumlah sebenar kemasukan wang derma dan wang parti sekiranya semuanya berada dalam satu akaun ?

Paling penting sejauh mana para penderma yakin setiap derma yang telah diberikan untuk mangsa Lahad Datu tidak digunakan oleh PAS untuk membantu kempen pilihanraya mereka ?

Mau seleweng ke bro ??? Baca juga di SINI

Psst teringat isu Memali !!

MMI.

Tuesday, 12 March 2013

Bagi ! Bagi ! Jangan Tak Bagi !! Apahal BN Buat Lagu Ni ??


Kalau sebut pemberian duit ni juak-juak macai pembangkang mesti balun UMNO dan BN kaw-kaw punya.Maklumlah bab bagi duit ni selalu tuduh UMNO punya kerjalah..Tapi apa yang bakal ampa semua saksikan mesti jadi punca untuk cai-cai pembangkang ni hantam UMNO dan BN lagi.

MMI pun nak marah juga pasai apa yang orang-orang UMNO ni bagi duit macam tu siap masuk YouTube lagi , kan dah ada orang tengok..La ni nak pertahan lagu mana ??

Ampa tengok kat bawah ni..


Tu dia macam mana gang ? sorang RM50 hinggit tu , tapi ampa jangan main tuduh ja yang diserahkan tu bukan duit tapi daun sirih buat bekalan sepanjang perjalanan konvoi hahahahahaha....

Kalau ikut dari sumber katanya Tuan Mazlan bakal calon PAS di DUN Gaal yang nak bertanding dalam PRU13 nanti tu yang bagi duit..Hebattttttttttttt PAS sekarang hebatttttttttttttt ... Ampa perati betul-betul bukan salam tapi bagi daun sirih hihihi.

Pasai apa ayat mula MMI kata UMNO yang bagi ? Sebab dalam kes ni kalau Anwar kata tu daun sirih puak-puak PAS akan hangguk tanda SETUJU !! 

Cuma dalam soal ni MMI nak tanya dua perkara , pertamanya bab bagi duit ni PAS nak kategorikan macam mana pula ? Keduanya duit tu dari sumber mana ? 


Duit kutipan tabung dalam ceramah ker ??? Yang tolong kira tu dapat sorang berapa ??? Ampa tengok sendirilah apa yang puak-puak PAS ni buat , bab mengata dekat orang langsung tak ingat alih-alih kena batang hidung sendiri.Jadi MMI pun mengata baliklah kira bolehlah naa...Baca selanjutnya di SINI

Preng preng preng jom konvoi !!

MMI.

Saturday, 19 January 2013

Mana Juak-Juak PAS Pulau Pinang ??


Isu kalimah Allah yang mengejutkan banyak pihak kerana kronologinya yang begitu menarik kini memasuki fasa paling genting khususnya bagi parti PAS.Jika sebelum ini PAS melalui pimpinannya bukan main sakan lagi kata sana halal sini boleh kini mereka sendiri yang menarik balik keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Majlis Syura PAS sudah pun membuat keputusan dan turut disokong oleh pemimpin 360 darjah mereka Nik Aziz dan Mat Sabu cumanya sehingga ke hari ini hanya Hadi Awang saja yang nampaknya dah kembali bertapa bagi mencari formula terbaik untuk mempertahankan maruah sendiri.

Walaupun PAS secara umumnya sudah pun mengeluarkan keputusan untuk tidak membenarkan kalimah Allah supaya tidak digunakan oleh bukan Islam tetapi keputusan bersama dalam Pakatan Haprak yang dibuat oleh Hadi,Anwar,Kit Siang dan Mat Sabu masih seperti asalnya.

Maka sampai bila juak-juak PAS mahu berdiam diri ? sebagai sahabat sesyurga dalam Pakatan Haprak adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan keputusan tersebut ditarik balik selari dengan keputusan parti PAS.

Soalnya mengapa sehingga kini Guan Eng individu pertama yang mencetuskan isu ini masih enggan menjawab isu kalimah Allah yang dicetuskannya ? 
GEORGETOWN 18 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan menjawab dan mengelak daripada cubaan wartawan sekali lagi untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan Pas menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
"Saya tidak akan bercakap di hadapan media Barisan Nasional (BN)," itu alasan Lim apabila wartawan meminta komennya selepas majlis sambutan Thai Ponggal di pejabat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang semalam.
Beliau kemudian beredar meninggalkan majlis dengan senyum sinis kerana wartawan terus mengejarnya.
Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh setiausaha agung DAP itu dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut.- BERNAMA
Mana suara Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang Salleh Man dan juak-juaknya khususnya barisan Pemuda PAS Negeri dalam hal ini ?

Mengapa langsung tidak ada sebarang kenyataan mahupun desakan terhadap Guan Eng supaya dengan segera menjelaskan pendiriannya sama ada menghormati keputusan PAS atau tetap dengan pendiriannya ?

Dalam hal ini MMI nak tunggu tengok sejauh mana PAS Pulau Pinang termasuk para bloggernya nak menari tak pun lebih suka pilih cara Hadi BERTAPA...

MMI.

Saturday, 24 November 2012

Konsert ARAK Pemuda PAS MABUK ?!


Semakin lama, PAS semakin meraban terutama apabila melibatkan sayap Pemudanya. Maka memang benarlah seperti yang dikatakan oleh beberapa orang perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-58 baru-baru ini bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai pemimpin yang boleh dijadikan sebagai ikon.

Usaha Pemuda PAS Pulau Pinang membantah 'Konsert Arak' yang diberi lesen sementara oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Batu Feringghi sebenarnya tidak lebih daripada meludah ke langit dan akhirnya kahak bertepek ke muka sendiri.

Apakan tidak, di sebalik bantahan tersebut, terselit kisah pemimpin Pemuda Pulau Pinang sendiri, Iszuree bin Ibrahim yang merupakan salah seorang Ahli Majlis MPPP.

Iszuree merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bandar Baru, juga merupakan Penolong Setiausaha Negeri selain memegang jawatan selaku Pengerusi Lujnah Tanah Pulau Pinang, adalah Ahli Majlis MPPP yang terlibat dalam Jawatankuasa Perlesenan Kerajaan Tempatan.

Seorang lagi wakil PAS sebagai Ahli Majlis MPPP adalah Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

MPPP mempunyai 24 orang Ahli Majlis. 10 orang daripada mereka adalah DAP, 8 pula dari PKR, 2 dari PAS dan 4 dari NGO. Daripada 24 orang, hanya 9 orang beragama Islam.

Di mana kedudukan Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Iszuree dan 7 orang Ahli Majlis beragama Islam yang lain dalam  hal konsert arak yang diberikan lesen sementara oleh MPPP? Sedangkan kelulusan tersebut datangnya daripada mereka.

Apakah mereka sedang menggunakan fiqh al-tanzili (Fiqh Adaptasi) yang membolehkan arak diambil dan diminum di kawasan-kawasan khusus untuk golongan peminum arak bukan Islam di Pulau Pinang?

Kalaulah Fiqh Al-Tanzili menjadi kaedahnya dan aqaidnya, mengapa hanya hal-hal yang melibatkan PAS sahaja kaedah tersebut terpakai, sedangkan apabila melibatkan UMNO, aqaidnya lebih menyerupai fiqh taliban?

Bantahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang itu memang tidak kena pada gayanya. Bukan sahaja menyalahi apa yang mereka duk perkatakan tentang diri sendiri, tetapi juga mencerminkan sikap PAS Pulau Pinang yang sentiasa tunduk dan akur kepada DAP dan PKR.

Yang sudah sahnya, PAS Pulau Pinang hanya dipergunakan untuk menghalalkan setiap perkara haram yang diusahakan oleh Kerajaan Lim Guan Eng!!!

Boleh syok sendiri jalah..


MMI.

Friday, 16 November 2012

Alahai Nasruddin..Malu Lah Weiii !!


Alahai Nasruddin !! MMI dah cakap awal-awal lagi mamat ni sebenarnya tak bagus mana pun..Sikap beliau yang terlalu emosi apabila menyentuh satu-satu isu sebenarnya bakal menjerat diri beliau sendiri.Malah kerana terlalu beremosi dan tidak mahu mengaku kelemahan diri Nasruddin atau Ketua Dewan Pemuda PAS ini pernah berbohong semata-mata untuk menang dalam debat.

Jika anda semua masih ingat lihat juga kepada isu filem hina Islam yang telah menggemparkan seluruh dunia , bagaimana Nasruddin di lihat begitu beremosi sehinggakan mendakwa Nabi terlebih dahulu memanggil mereka untuk berdemo daripada Pemuda UMNO.

Sedangkan jika kita amati tujuannya adalah bagi menyatakan bantahan akibat hinaan pihak luar terhadap Islam namun Nasruddin lebih suka memilih untuk membuktikan beliau adalah pemimpin yang paling depan dalam hal sebegitu sedangkan sepatutnya PAS dan UMNO bergandingan dalam isu tersebut.

Apa pun itu pilihan beliau , terbaru pula Nasruddin di tempelak dan di hentam oleh perwakilan PAS sendiri sewaktu persidangan pemuda PAS dalam muktamar yang kini sedang berjalan di Kota Bharu Kelantan.

Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru sepertimana yang diharapkan golongan muda, serta tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan tersebut hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

"Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.

"Tidak ada satu teguran pun diberikan kepada negeri-negeri pakatan pembangkang. Adakah negeri yang kita perintah menjadi negeri maksum, negeri yang tidak ada silap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini hari ini.

Itulah natijahnya yang Nasruddin terima dalam muktamar PAS sendiri.

Seperkara yang harus anda dan Nasruddin tahu adalah segala yang berlaku itu bukannya di bawah mana-mana arahan dari orang UMNO mahupun Barisan Nasional.Ianya datang dari hati dan pemerhatian perwakilan sendiri yang kini sedang menilai pimpinan PAS sama ada masih relevan atau pun tidak.

Lagi satu ampa semua cuba tengok juak-juak Pemuda PAS di Pulau Pinang , Apa puak-puak ni buat aa ? Setakat la ni dok jadi "bodyguard" DAPigs dengan PKR ja..Perjuangan HAMPEH !!!

Dan perlu diingat bukan MMI yang kata dekat Nasruddin tau , orang dia sendiri !!

MMI.

Angan-Angan Pemuda PAS Yang Harus Rakyat Tahu !!


Dewan Pemuda Pas mahu jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipisahkan bagi menjamin fungsi semak dan imbang dalam pengurusan kewangan negara.

Perkara tersebut merupakan salah satu polisi yang akan diangkat dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan dalam mencorak masa depan negara yang dikemukakan sayap Pas itu dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-53 yang berlangsung di sini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, polisi itu diutarakan golongan profesional muda sempena program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' yang dianjurkan Ogos lalu.

"Dalam muktamar yang penuh mulia ini, Dewan Pemuda Pas turut berbesar hati mengangkat beberapa polisi yang telah diutarakan wakil-wakil profesional muda yang mewakili pelbagai disiplin ilmu bersempena program tersebut bagi merealisasikan gagasan mencorak masa depan dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-53 sempena Muktamar Pas ke-58 di Dewan Jubli Perak, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Nasrudin, antara perkara lain yang turut ditekankan adalah soal agama, generasi muda, politik, sosioekonomi dan kepenggunaan.

Sementara itu, dalam soal sosioekonomi, Nasrudin berkata, dewan tersebut mahu memperkenalkan polisi cukai baharu bagi golongan yang disifatkan sebagai terlampau kaya selain memastikan golongan yang layak membayar cukai tidak ingkar.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mencadangkan Parlimen Belia diwujudkan di setiap negeri bagi memberi peluang kepada golongan tersebut yang berumur antara 15 hingga 35 tahun mengupas isu-isu anak muda serta isu nasional.

"Sewajarnya anak muda ini dilibatkan dalam perbincangan dan penggubalan dasar bagi menyalurkan idea dan pandangan sekali gus sebagai pendekatan memberdayakan anak muda.

"Saya yakin dengan sumbangan dan kreativiti anak muda di pelbagai peringkat penyertaan mereka, negara berkebajikan yang diimpikan akan menjadi kenyataan," katanya.

Satu ja MMI nak tanya sejauh mana Dewan Pemuda PAS boleh pastikan segala yang dicanangkan tu menjadi realiti ? 

Pertama kena menang pilihan raya dulu bro ! keduanya boleh ker di laksanakan bila dah bersama dengan PKR dan DAPigs nanti ?

Kalau setakat hari ni pun masih di rantai oleh DAPigs , ampa boleh sembang saja lah !!

Psst kesian tengok ketua puak-puak ni siap bohong lagi sebab nak tunjuk hebat dalam debat dengan Fathul Bari tempoh hari hehehe...Fathul Bari bukan di kalangan pimpinan parti bro , Nasrudin tu siapa ? Malu la weiii..

MMI.

Labels