Beria-ia benar Ngeh dengan Nga ni nak saman Pisau.net blogger pro BN yang membongkarkan tentang isu tanah di Kelantan.Habis kebas dan lebam-lebam punggung masing-masing kerana bara yang menyala benar-benar PANAS ! Tapi biasalah soal saman menyaman ni dah jadi sebahagian daripada rencah dunia politik di Malaysia.
Dalam sedar tak sedar pembongkaran tersebut adalah pencetus kepada pengakuan kedua-duanya bahawa mereka terlibat dalam urusan pembelian tanah di Kelantan , kalau Pisau tak keluarkan cerita tersebut mesti rakyat tak tau tentang aktiviti tersebut betoi dak ?
Apa pun jom kita tengok berita dan kenyataan di bawah..
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akan menyaman blog pro-BN, Pisau.net dan akhbar Berita Harian kerana menyiarkan laporan palsu berkaitan ‘rasuah tanah’ untuk jawatan Menteri Besar Perak pada 2008.Menurut Ngeh, Pisau.net yang dikendalikan Mohd Jefferey Amin Abdul Hamid dan menggunakan nama samaran ‘Encik Pisau Suka Hiris’ pada blognya bagi mengelak identitinya dikenali.“Saya mencabar blogger terbabit mendedahkan identitinya secara terbuka dan tidak menjadi pengecut. Kegagalan beliau berbuat demikian adalah satu pengakuan bahawa artikel yang diterbitnya adalah satu pembohongan semata-mata,” ujar Ngeh.Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, dalam carian dan semakan yang dibuat, Mohd Jefferey Amin adalah seorang daripada eksekutif di sebuah agensi Kerajaan BN Negeri Perak, Yayasan Bina Upaya.“Kini kita boleh lihat bahawa tuduhan palsu itu dirancang oleh BN sendiri,” jelas Ngeh.Tambah beliau, selain dua pihak terbabit, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus mensenasikan fitnah itu.Sebelum ini, Pisau.net melaporkan berita palsu dengan menuduh Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan tanah seluas 10,526 ekar kepada beliau dan Nga Kor Ming sebagai pertukaran bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.Bagaimanapun, katanya, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali kerana apa yang berlaku bukanlah anugerah tanah sebaliknya satu transaksi urusniaga pembelian yang normal pada 2012.
Oklah selesai bab tu , cumanya MMI terfikir kenal benarkah puak-puak ni dengan Pisau.net ? Sebab dari kenyataan di atas Ngeh ada menyebut “Saya mencabar blogger terbabit mendedahkan identitinya secara terbuka dan tidak menjadi pengecut " jadi mana satu yang betul ni ?
Kadang-kadang celaru juga puak-puak ni , Untuk itu MMI ingat nak dedahkan siapa sebenarnya Pisau.net supaya senang sikit Ngeh dengan Nga nak ambil tindakan.
Sahabat-sahabat blogger lain jangan pula marah dengan MMI sebab kita nak bagi kerja jadi senang , lagipun Ngeh dan Nga kalau dah kenal siapa Pisau.net senanglah sikit aktiviti saman-menyaman berjalan.Kita bagi semua rakyat Malaysia tau siapa sebenarnya yang betul dan siapa sebenarnya yang salah.
Kepada semua khususnya Pisau.net sendiri , MMI minta maaf kalau pendedahan ini mengundang rasa marah yang teramat sangat tetapi untuk mencari kebenaran MMI akan teruskan juga.
Nah tengok puas-puas siapa sebenarnya pisau.net..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Haa amacam puas hati ?
MMI.
No comments:
Post a Comment