Followers

Friday 18 January 2013

PANAZZ Sinar Harian Agen Pembangkang ?!!


Sinar Harian di antara akhbar yang terlaris dan menjadi pilihan masyarakat khususnya dalam menyampaikan maklumat dan berita setempat.Namun kini ianya mula dipertikaikan banyak pihak khususnya berkaitan ketelusannya dalam menyampaikan laporan.

Mungkin bagi sesetengah pihak ianya merupakan wadah terbaik namun semuanya bergantung kepada sejauh mana satu-satu laporan itu di tulis.

Bagi MMI setiap laporan yang mahu ditulis atau disiarkan bergantung kepada 2 perkara.

Pertama wartawan yang menulis dan keduanya adalah editor yang akan menyunting berita yang dihantar.

Apapun itu adalah pandangan MMI mungkin anda dan mereka di luar sana mempunyai pandangan yang berbeza.

Memetik kenyataan daripada satu blog yang berbunyi "Nak masuk berita dalam Sinar Harian mesti sogok duit kepada editor dan adakala wartawan dan editor sekali" agak berat bunyinya namun untuk mengetahui selanjutnya baca di bawah ,      

Dalam pelbagai pihak mengutuk Utusan atau NST atau mana-mana akhbar perdana, laporan tetap dibuat dengan betul, profesional dan seberapa tepat. Dalam hal pandangan , itu hak akhbar dan penulis.

Kalau difikirkan, isu yang ditimbulkan pembangkang sebenarnya banyak tak "news worthy". Ianya hanya sensasi, putarbelit, pembohongan dan fitnah. Siarkan akan menarik saman dari kerajaan pula.

Jika pihak-pihak ini tak boleh terima kebenaran, biar kami katakan kami juga sedar satu lagi cara bagaimana Sinar Harian memanipulasi isu.

Apabila laporan dari pihak kerajaan, mereka hanya laporkan kenyataan atau pendirian rasmi kerajaan yang sering "sterilise." hanya orang yang cekap membaca berita boleh faham lebih mendalam dari maksud yang tertera.

Atas konon amalan "balance news", begitu elaborate dan pelbagai sudut diberi laporan. Ianya seolah-olah Sinar Harian menghuraikan pandangan pembangkang tapi tidak pandangan kerajaan atau BN di negeri2 PR.

Oh ada satu lagi ... ini sebenarnya model perniagaan Sinar harian.

Usah nak cuba nafi. Kebanyakkan orang politik dan massa media tahu ini berlaku begitu kerap dan banyak sekali.

Nak masuk berita dalam Sinar harian mesti sogok duit kepada editor dan adakala wartawan dan editor sekali..

Faham-fahamlah kita sapa lagi yang banyak kasi dan sediakan peruntukan untuk media. Seperti kita pernah kata, Sinar harian di Selangor ditaja Khalid Ibrahim dan PKR. Sinar harian Kelantan di taja oleh Husam Musa dan PAS.

Tak payahlah kata ada ahli UMNO atau Hishamuddin Fikry dan pegawai2 penting Sinar harian adalah orang UMNO. Orang UMNO pun ada ambil upah orang PAS pasang bendera atau poster dahulu2. Ada Dato Senator jadi pencacai Husam Musa.

Sinar harian dianggotai orang media dan penulis. Hishamuddin Fikry lahir dari zaman penulis buku politik yang blackmail orang politik, atau cari sponsor untuk buku mereka atau jatuhkan orang hanya untuk lariskan buku.... baik penulis politik yang konon pro UMNO atau pro PAS atau pro PKR atau pro sesiapa termasuk diri sendiri.

Itu tak jadi alasan. Isunya Sinar Harian taklah balance atau profesyenal yang seperti dfijaja. Jika mereak kata SInar Harian susah dapat iklan, sebenarnya pengiklan sogok menulis artawan dan editor untuk masuk cerita. Kire sponsored article. hehehe....

Don't insult our intelligence untuk nafi.

Kalau nak kami hurai, kami boleh hurai tiap-tiap hari satu muka ke satu muka dan satu lin eke satu line bagaimana SInar harian cuba menguasai minda rakyat supaya tidak berfikir secara balance dan adil. CUma membuang masa kami ... banyak kerja lain lebih perlu.

Sinar harian membantu Pakatan dengan pelbagai cara halus dan kini menjadi lebih jelas. Dah yakin sangat ke Pakatan nak menang? sumber theunspinners 

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels