Followers

Wednesday 23 January 2013

Pembangkang Mula Sabotaj BN ???!!


GEORGE TOWN: Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata, tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.

"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan... jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini Selasa.


Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.

Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.

"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi...sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.

Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berundingdengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.

"...tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya. - BERNAMA

Kalau masih berunding mengapa bilik gerakan tersebut dirobohkan ? Mungkin ada yang tak kena ni..Apa pun cuba selesai bagi elok kalau ada juga unsur sabotaj tu ambil ja tindakan.

Ada puak yang dah kecut ka aa ??

MMI.

1 comment:

  1. kehidupan di dunia ni ibarat roda yg berpusing, what you did last time now come back to you.

    ReplyDelete

Labels