Nama Sharifah Zohra tiba-tiba menjadi terkenal dan berlegar di media maya sejak beberapa hari yang lalu.Malah pelbagai pandangan di lontarkan oleh banyak pihak khususnya bagaimana beliau menangani seorang pelajar yang bangun bertanya soalan.
Sama ada pandangan itu menyokong ataupun tidak ianya merupakan hak masing-masing yang mengikuti Forum Suara Mahasiswa secara langsung mahupun rakaman.
Namun perlu diingat setiap yang berlaku itu sudah pasti mempunyai jalan ceritanya kerana mustahil sesuatu kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba melainkan ianya dengan kuasa Allah SWT.
Begitu jugalah dengan isu yang melibatkan Sharifah dan pelajar bernama Bawani.Sekali lihat dan mendengar sudah pasti ianya mengundang pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat dan kita selalu terlupa sejauh mana mereka yang memberikan reaksi itu benar-benar faham tentang apa yang berlaku sebenarnya.
Sebagai contoh seorang lelaki berlari dalam keadaan cemas meminta pertolongan kita kerana dikejar oleh orang jahat.Apakah yang sepatutnya kita lakukan ? memberikan pertolongan ataupun tidak ?
Jika jawapannya memberikan pertolongan maka anda sebenarnya sudah membuat satu keputusan yang kurang bijak kerana dikhuatiri lelaki itulah yang sebenarnya orang jahat yang sedang dikejar oleh orang ramai kerana meragut seorang wanita tua.Sekiranya ini berlaku adakah anda yang membuat keputusan untuk membantu tadi akan dianggap sebagai masyarakat prihatin ?
Begitulah sebaliknya sekiranya keputusannya tidak membantu dikhuatiri lelaki itu benar-benar dikejar oleh orang jahat jadi dalam keadaan ini kita sebenarnya berada di tengah-tengah yang mungkin menyebabkan kita serba salah.
Pastinya setelah anda menonton dan melihat sendiri rakaman diatas , anda juga mempunyai pandangan tersendiri namun simpan dulu kerana anda perlu tahu sesuatu.
Mengapa Sharifah bertindak sedemikian ? Siapa Bawani pelajar yang mengutarakan soalan tersebut ? Dan bagaimana kejadian ini berlaku ? Semua ini perlu anda tahu kerana ianya bakal merubah pandangan anda.Baca Sini
Pandangan MMI mudah saja , setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sharifah malah mereka (pelajar) perlu faham 2 perkara khususnya tentang diri mereka sendiri.
Pertamanya apakah bila bergelar pelajar di IPTA mahupun IPTS anda sudah boleh dikira sebagai cemerlang dan terbaik ?
Keduanya dengan status sebagai pelajar apakah anda sudah boleh mendabik dada dengan langsung tidak menghormati orang lain khususnya mereka yang lebih lama dari kita ?
Semuanya terletak ditangan kita dan benar apa yang Sharifah katakan "respect" adalah perkara paling asas dan utama dalam menentukan sejauh mana penerimaan orang lain terhadap kita.
Kepada mereka-mereka diluar sana
Jika seringgit yang kita berikan maka sudah tentu pulangannya juga dalam nilai yang sama , jangan pula mengharapkan pulangannya mencecah ribuan ringgit..Kena faham tu !!
MMI.
No comments:
Post a Comment