Followers

Thursday, 7 February 2013

Nik Aziz Terima Hadiah Hari Jadi Di Kelantan ??!!!


Meriah betul dah macam sambutan Hari raya la pula , begitulah keadaannya di perkarangan pejabatnya Nik Aziz Menteri Besar Kelantan apabila Menteri Besar , menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.

Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.

Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.

Rakyat sudah mula kenal dan faham siapa sebenarnya PAS.Bukan soal JAHAT yang mahu kita utarakan tetapi soal perjuangan membela nasib rakyat , itu yang lebih mustahak bukan berpolitik 24 jam !!

Rakyat Kelantan harus bangun berikan peluang kepada Barisan Nasional untuk mengubahnya..

Untuk merubah kita mesti sedia berubah..Hanya kita , insyaallah anak bangsa akan terus terbela !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels