Followers

Thursday, 7 February 2013

Nampak CERDIK Tapi Tak CERDIK !!


Nampak cerdik tapi tak cerdik... itu komen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hentam kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghasut orang ramai yang nak hadir majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Febuari ini pakai baju kuning Bersih,baju hijau anti-Lynas dan lain-lain.

Katanya tindak tanduk Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah satu perbuatan yang bodoh.

Beliau berkata sebagai pemimpin negeri, Guan Eng seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.

"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Guan Eng) tidak ikhlas," katanya menjawab soalan Agendadaily dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang di sebuah hotel di Bukit Jambul Selasa.

Beliau menegaskan majlis sambutan anjuran BN itu adalah untuk merayakan Kong Hee Fat Choy." Biasanya (pada majlis seperti ini) kita tekankan semangat keriangan dan perpaduan...tentu orang akan kata Guan Eng ni ( asyik) politik saja.Ada masanya kena hormati hak rakyat.

"Bila kita buat program-program sebegitu,jangan kacau...kalau dia nak buat buatlah (sambutan Tahun  Baru anjuran DAP) ....saya tak fikir Barisan Nasional akan kacau pakai baju hitam,biru dan sebagainya  ( di majlis itu) .Hal-hal begini kenapa nak timbulkan kekacauan.Tujuan untuk apa...untuk timbulkan keadaan tidak tenteram.

"Your right is your right ( masing-masing ada hak) " katanya.

Menurut Muhyiddin kalau sudah jadi kecoh tentu orang akan marah dan itu akan mencetuskan suasana tidak baik.

Isnin, Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang yang akan mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di padang sekolah Han Chiang pada 11 Februari nanti, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Katanya kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar ( anti-Lynas) dan merah untuk Pulau Pinang.

Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.

Majlis sambutan itu akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis sensasi Korea Selatan yang popular dengan lagu dan rentak ' Oppa Gangnam Style'. agendadaily 

Kepada juak-juak Pakatan Haprak yang ada rasa keinginan nak turut serta tu datang ja jangan malu sebab ampa semua selama ni mana ada rasa malu-malu ni kan ? kan ? kan ? 

MMI.

1 comment:

  1. The best word to describe LGE = Dumb....dumber ....dumbest.

    ReplyDelete

Labels