Followers

Monday 18 February 2013

Sam Ketot Bikin Album DUET Dengan Yassin ??


Apa benar Sam Ketot si Ketua AMK kini terjun ke bidang seni ? Kalau diikutkan daripada gambar diatas nampaknya Sam kini akan bersama Yassin dan mungkin akan menjelajah ke seluruh negara dengan kumpulan The Brothers menyampaikan lagu-lagu dakwah.

Dah insaf ke Sam ni ? Dah tak nak lagi terlibat dalam dunia politik ker ? Dah tak suka dekat Anwar dah ker ? 

Cerita dia Sam Ketot ni mewakili AMK melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, Yasin telah secara rasminya dilantik sebagai Duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.

Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.sumber MPP  

Macam tu cerita dia , biasalah bro dunia politik sekarang dah maju setapak lagi dengan penglibatan golongan artis dalam kempen parti-parti politik mereka.Malah kalau diikutkan Yassin ni dah lama pun bersama pihak pembangkang rasanya sejak 2008 lagi.


Jalan ja , gang-gang UMNO pun kadang-kadang jemput juga mak dia bagi ceramah sana sini..Biasalah tu Yassin pun cari makan juga bro !! Tak pa - tak pa jalan jaa...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels