Followers

Monday, 11 March 2013

Kapal Perang US Di Laut Sulu !! Apa Cerita ?? #LahadDatu


Insiden di Lahad Datu kini semakin bertambah baik dengan pihak tentera sudah hampir menyelesaikan misi moping mereka.Melalui sumber kini pasukan jurutera tentera juga sudah di kerah bagi mengesan sebarang objek yang mungkin di tinggalkan oleh pengganas yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang ramai.Usaha ini dibuat bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang bom yang mungkin di pasang oleh pengganas yang menyerang Lahad Datu.

Namun semenjak insiden ini berlaku terdapat pelbagai sumber dan saluran yang mengatakan pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu merupakan satu gerakan terancang yang melibatkan banyak pihak.Seingat MMI dikhabarkan ada 3 pihak terlibat dalam apa yang dipanggil sebagai operasi terancang.

Pembongkaran demi pembongkaran yang berlaku pada ketika insiden di Lahad Datu masih berterusan memperlihatkan betapa ada tangan-tangan ghaib yang terlibat.Malah pihak yang dikaitkan dengan insiden ini juga turut mengelupur dengan pelbagai alasan malah pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman wartawan.

Macam-macam yang berlaku sebenarnya dan mungkin ampa semua boleh tengok balik entri-entri yang MMI tulis sebelum ni.Cuma kali ini MMI ingin berkongsi dengan semua tentang satu insiden yang MMI labelkan sebagai ANEH dan GANJIL turut berlaku dalam tempoh masa  beberapa minggu sebelum serangan di Lahad Datu.

Insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbataha. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 2013.

Kepada ampa yang mungkin tak tau kat mana Tubbataha tu nah tengok kat bawah ni...



Dekat ja kan ?? Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya  dan enggan berhenti

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
“Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes 10 hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?”
Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina.
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.


Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Selain dari itu pendedahan oleh Wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.

Sebelum itu Wikileaks juga mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi , Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.



Dengan segala macam insiden , kejadian dan pendedahan di atas apa mungkin pencerobohan di Lahad Datu hanya berkisar tentang soal lanun Sulu ? MMI rasa bukan setakat itu tangan-tangan ghaib banyak di belakang sana dan mereka rasanya turut berperanan.

Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

sumber pisau.net 

MMI.

4 comments:

  1. terima kasih tuan atas maklumat ini.setiap warganegara yang perihatin wajar jadikan subjek ini sebagai lesson learnt.

    ReplyDelete
  2. Nak serang sabah pada 2007 tp ade bantahan oleh dolah? The fuck? Lawak gile statement

    ReplyDelete
  3. 2007 nk serang sabah pak lah tak bg..knp skrg diaorg serang..? najib bg serang sabah ke. . . ?

    ReplyDelete

Labels