Followers

Wednesday 14 November 2012

PAS Hanya Sekadar Pencacai Dalam Pakatan Haprak !!!


Segalanya semakin jelas kini hanya yang buta dan pekak sahaja akan terus setia bersama perjuangan parti PAS.MMI ibaratkan PAS kini sedang mengalami demam selsema yang berlarutan dan semakin teruk malah sekiranya PAS GAGAL menjalani rawatan sekarang PASTI serangan jantung akan menyerang parti tersebut seterusnya akan menyebabkan PAS lumpuh samada sebelah anggota mahupun keseluruhannya.

Kenyataan MMI ini ada asasnya kerana melihat kepada perkembangan mutakir ini PAS bukan saja seolah-olah malah sudah pun menggadaikan prinsip perjuangan mereka dan sanggup pula menjadi kuda tunggangan kepada DAPigs dan PKR.

Walaupun PKR juga dilihat turut menjadi mangsa DAPigs namun mereka masih mampu bertahan kerana faktor Anwar yang diperlukan oleh Rejim DAPigs bagi memastikan matlamat dan impian mereka tercapai.

Tetapi lain halnya dengan PAS kerana mereka sanggup merantai diri sendiri untuk menjadi pencacai kepada DAPigs yang secara terang-terangan sudah pun memanipulasikan segalanya.

PAS kini hanya berbangga dengan alim ulama dan kononnya perjuangan menegakkan Islam namun hakikatnya semua itu hanyalah khayalan sesama ahli parti kerana rakyat dapat membezakan perjuangan PAS dulu dan terkini.

Malah MMI amat yakin rakyat sebenarnya sudah hilang rasa percaya untuk memberikan kepercayaan kepada pimpinan PAS menerajui negara.

Perkembangan terbaru adalah Muktamar PAS yang bermula hari ini sehingga 18 November 2012 di Kelantan.

Dewan Ulama PAS telah menyatakan tidak berhasrat untuk membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 kali ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR). 

"Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Lagi berita Dr MiM 
  
MMI sendiri berasa hairan bagaimana sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utamanya namun langsung tidak memberikan perhatian terhadap isu  yang berbangkit.Tahukah PAS bahawa isu Nurul itu sudah pun menyebabkan kecelaruan dikalangan umat Islam sendiri ? Apatah lagi kepada bangsa dan agama lainnya.

PAS sepatutnya memberikan keutamaan dalam isu ini kerana ianya melibatkan pimpinan dalam Pakatan Haprak malah menjadi dasar yang seharusnya di perbincangkan oleh mereka bagi membaiki kelemahan mahupun kesilapan yang sudah pun dilakukan oleh Nurul.

Namun malang sekali apabila mereka menyerahkannya kepada masyarakat untuk membuat penilaian.Buktinya apabila mereka di minta mengulas kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Lembah Pantai oleh wartawan , Harun berkata, adalah lebih baik perkara itu dinilai sendiri oleh masyarakat. 

"Kalau dia rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tidak bersalah, itu hak dia kalau dia tidak mahu tarik balik,” katanya.

Apakah ini sikap dan tindakan seorang pemimpin dan parti yang meletakkan Islam sebagai kautamaan ?

Sebelum ini PAS pernah mengatakan tindakan DAPigs dalam menentang pelaksanaan negara Islam dan HUDUD sebagai satu perkara biasa kerana DAPigs bukan Islam.Maka oleh kerana itu tidaklah menjadi kesalahan kepada MCA untuk turut memperkatakan serta menolak HUDUD PAS kerana MCA juga bukan Islam.

Tetapi dalam hal ini PAS perlu ambil tahu sedikit kerana MCA dianggotai seluruhnya oleh bangsa Cina yang bukan Islam tetapi DAPigs adalah parti berbilang bangsa yang turut dianggotai oleh mereka yang berbangsa Melayu.Jadi dalam soal ini sejauh mana kebenaran kenyataan PAS apabila menyatakan DAPigs tidak Islam ? Ok lah kita tinggalkan persoalan tersebut..

Dalam isu Nurul yang berbangkit adakah Nurul bukan Islam ? Ya PKR juga merupakan parti berbilang bangsa tetapi bukankah daripada Presiden termasuk penasihat terdiri daripada mereka yang beragama Islam ? Mengapa agaknya PAS mengambil sikap tutup mulut ?  

Jelaslah bukan ? Selama ini PAS yang sering mengherdik UMNO kerana isu Chua Soi Lek berkenaan HUDUD PAS hanyalah retorik dan tindakan mereka selama ini sekadar mencari kesalahan pihak lain tetapi dalam masa yang sama bersikap "double standard" apabila ianya betul-betul kena pada batang hidung sendiri.

MMI yakin masyarakat dan rakyat Malaysia sudah faham dan kenal siapa PAS sebenarnya , Jika dalam kandang sendiri pun PAS dilihat amat lemah dan mengambil sikap sambil lewa bagaimana agaknya sekiranya mereka diberikan kuasa bersama PKR dan DAPigs memerintah negara ?

Kepada seluruh rakyat Malaysia sedarlah PAS hanyalah PENCACAI dalam Pakatan Haprak yang kini sudah pun membahayakan orang Melayu dan Islam di Malaysia demi memuaskan tuntutan nafsu serakah mendapatkan kerusi empuk di Putrajaya !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels