Followers

Monday 22 April 2013

N04 Permatang Berangan BN Tampilkan Calon Profesional #PRU13 #PG13


PRU13 kali ini menyaksikan kawasan Tasek Gelugor menampilkan 2 calon muka baru bagi mengisi kerusi DUN Permatang Berangan dan Sungai Dua.Bagi kerusi DUN N04 Permatang Berangan , Barisan Nasional menampilkan saudara Omar Bin Haji Abd Hamid calon anak tempatan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Beliau yang dilahirkan pada 1 Mac 1959 kini berusia 54 tahun dan menetap di Pokok Tampang dalam KADUN Permatang Berangan.

Hasil perkongsian hidup berumah tangga bersama Asnida Binti Ahmad yang merupakan seorang guru di SMK Kampung Selamat Tasek Gelugor mereka di kurniakan dengan 7 orang anak.

Saudara Omar Bin Haji Hamid merupakan anak kepada allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Ahmad , bekas naib kadi di kawasan Tasek Gelugor yang amat di kenali ramai.Beliau yang lahir dari keluarga yang mempunyai sejarah keagamaan maka saudara Omar mempunyai kelebihan menulis dalam bahasa Melayu,Inggeris dan Jawi.

Selain dari itu beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Eksekutif , PERDA Ventures Inc. Sdn Bhd (Anak Syarikat PERDA) sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai calon N04 Permatang Berangan bagi mewakili parti Barisan Nasional.

Mendapat pendidikan awal di Sek Rendah Hashim Awang Kepala Batas dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sek Men Datuk Abd. Kadir Kepala Batas.Seterusnya menyambung pengajian di Institut Teknologi MARA (UITM) Shah Alam dan memegang diploma pentadbiran awam.Kemudiannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan beliau kini memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons)


Pengalaman Kerja

1.Pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah (1980-1998)

2.Mengikuti Latihan dalam Kamar (Chambering) 1999

3.Di terima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya 1999

4.Penasihat Undang-Undang PERDA 1999-2007

5.Ketua Pegawai Eksekutif PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVI) 2008 hingga meletakkan jawatan.

6.Pengarah syarikat PERDA Ventures Inc Sdn Bhd (PVI) dan PVI Food Industries Sdn Bhd.

Saudara Omar Bin Haji Hamid juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan merupakan Ketua Cawangan Pokok Tampang.Terlibat secara langsung di Bilik Gerakan UMNO Pokok Tampang sebagai Pengerusi dan menjadi bendahari PDM Pokok Tampang.

Selain dari itu , beliau juga merupakan AJK Kariah Masjid Pokok Tampang dan juga AJK JKKKP Pokok Tampang.


Apa yang boleh MMI simpulkan adalah pencalonan saudara Omar Bin Haji Hamid sebagai calon N04 Permatang Berangan amatlah bertepatan sekali kerana beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan di peringkat akar umbi dan juga bahagian.

Sebagai anak tempatan dan mempunyai latar belakang golongan profesional dan juga pentadbiran , rakyat lebih yakin dengan keupayaannya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk di Permatang Berangan.Klik Sini 

Hidup BN ! 

MMI.

2 comments:

  1. cayalah bakal ADUN Permatang Berangan!!! ADUN Macam ni yang kita nak.. belum jadi YB dah call kawan2 suruh tanam benih... YA tanam benih nanti dah semai senang la jadi pokok. KAH KAH KAH... Inilah calon BN.. belum jadi YB dah berangan... elok la tu. KAH KAH KAH... bakal YB, kena 'tanam' benih dulu ya... KAH KAH KAH.. UMNO goyang dah goyang

    ReplyDelete
  2. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) IS CROCODILE’S TWO HEAD
    To all Malaysians,
    We would like to inform all Malaysians about Gombak MCA Chief YIP KUM FOOK using (wage) Buddhist monks from Myanmar for the services of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, No 19 Jalan 38 Desa Jaya, Kepong, 52100 KL. Myanmar monks always make mistakes and people cheat. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is a two-headed crocodile, now he always says to people, MCA will die after GE13

    On the other hand, YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is always silent and does not take any action, maybe YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) shared evil with Buddhist Monks from Myanmar. We are very sad about that.

    Hope the people must be careful and notice that this matter and thank you.

    ReplyDelete

Labels