Kesan daripada gerak kerja dan kempen tersusun jentera Barisan Nasional di PRK Permatang Pauh , jentera PKR mula hilang fokus apabila mereka mula melakukan provokasi untuk mencetuskan isu.
Semalam konvoi 3 buah kenderaan PKR dikesan dengan sengaja melalui jalan utama berhadapan Command Centre Barisan Nasional di Bandar Perda.
Malah berhenti dan salah seorang daripada mereka menyampaikan ucapan yang jelas merupakan ucapan provokasi untuk menimbulkan huru hara.
Seperkara yang perlu difahamkan adalah jalan utama tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk masuk ke Command Centre Barisan Nasional dan sepanjang laluan terbabit tidak terdapat sebarang premis mahupun rumah kediaman lain melainkan Command Centre Barisan Nasional.
Persoalannya kenapa konvoi terbabit dengan sengaja masuk ke laluan terbabit dan melakukan provokasi ?
SITUASI
Keadaan sedikit cemas apabila jentera BN yang berada di Command Centre bertindak balas dengan mula menghampiri konvoi terbabit.Berlaku perang mulut untuk beberapa ketika sebelum situasi tersebut disuraikan oleh anggota RELA yang bertugas.
Apa yang cuba MMI sampaikan adalah dalam kempen PRK khususnya di kawasan panas seperti Permatang Pauh , tindakan provokasi seperti ini haruslah dielak dan siapa jua yang cuba melakukannya pastinya punya agenda tertentu.
Bayangkan sekiranya dalam keadaan tersebut berlaku pergaduhan sehingga mengakibatkan kecederaan , sudah pastilah Barisan Nasional dan UMNO akan dipersalahkan seterusnya media-media pembangkang akan membuat tuduhan kononnya petugas BN ganas dan liar sedangkan hakikatnya provokasi sedemikian dilakukan oleh jentera PKR sendiri.
Dalam masa yang sama kepincangan PR dalam PRK Permatang Pauh kali ini begitu ketara.Bermula dengan tindakan boikot PAS kemudiannya usaha untuk menutup pergeseran sesama sendiri menjadikan kempen PKR dan PR benar-benar bermasalah.
Lebih mengejutkan adalah portal pro-pembangkang sendiri turut melaporkan DAP turut mengambil kesempatan untuk memperlekehkan PKR.
DAP Pulau Pinang nampaknya seperti tidak puas hati dengan jentera pilihan raya PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, dan mahu ia diperkemaskan.
Seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat berkata parti itu kecewa dengan kurangnya sokongan daripada PKR, terutama ketika berkempen untuk menarik undi di kalangan masyarakat India.
Beliau memberi contoh satu perjumpaan dengan pengundi di Kampung Bagan Serai di Permatang Pauh.
Pemimpin itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kaum India di kawasan itu berasa diabaikan oleh PKR, di mana calon yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.
Wan Azizah berdepan dengan calon BN Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).
"Kami berasa seperti mahu menarik diri daripada kempen. Kami memberitahu mereka tentang hal itu kerana ia tidak boleh berterusan begini," kata pemimpin itu, yang berasal dari Pulau Pinang, kepada MalaysiaKini.Selanjutnya
Perkara sebegini sebenarnya sudah lama bertapak dalam keluarga songsang PR kerana masing-masing ego dan sombong.Masing-masing cuba menjadi jaguh dan kerana itulah berlakunya kekeliruan dalam banyak sudut melibatkan dasar dan pendirian parti-parti dalam PR.
Tak cukup dengan itu masalah antara PKR dan PAS yang masih belum selesai terus berpanjangan dan semakin kritikal.Kali ini ia dilakukan secara terang-terangan !
Jentera PAS di larang masuk ? Well maybe Yusni Mat Piah boleh buat sidang media sekali lagi kot !!
Kepincangan ini semakin membusuk apabila semalam di DUN Seberang Jaya lebih 300 orang ahli dan penyokong PKR yang majoritinya kaum India dan pengundi di Permatang Pauh bertindak keluar parti !
Lebih 300 org ahli dan penyokong PKR yg majoritynya kaum India & Pengundi di #PRKPermatangPauh secara rasminya...
Posted by Penang Kini on Saturday, May 2, 2015
No comments:
Post a Comment