Followers

Wednesday, 6 February 2013

Tsunami RAKYAT Lebih Dari 20,000 Banjiri Perai Pulau Pinang !!


Semalam bertempat di Taman Inderawasih Perai dianggarkan lebih dari 20,000 rakyat hadir dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang dalam Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia yang turut dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Pulau Pinang.

Seawal jam 7.45 malam orang ramai dilihat sudah mula membanjiri padang Sekolah SK Taman Inderawasih menyebabkan keadaan lalu lintas agak sesak dengan puluhan kenderaan diletakkan di tepi-tepi jalan.

Kehadiran yang sebegitu ramai ditambah dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk berbilang bangsa yang turut tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama pimpinan BN Negeri Pulau Pinang dan YAB Timbalan Perdana Menteri seolah-olah satu isyarat rakyat kepada Pakatan Haprak.

Sokongan yang diberikan itu jelas merupakan suara rakyat hari ini yang mahukan perubahan kerana mereka sedar berada di bawah kerajaan Pakatan Haprak pimpinan Guan Eng dan rejim DAPigsnya hanyalah satu kerugian.

Rata-rata yang MMI temui melahirkan rasa bangga dan terharu kerana YAB TPM sudi hadir ke kawasan mereka dan ini membuktikan kesungguhan serta komitmen Barisan Nasional untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama program tersebut turut menghimpunkan seluruh pimpinan BN terdiri daripada pelbagai bangsa dan parti-parti komponen sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Program diakhiri dengan Pelancaran Gelombang Biru oleh YAB TPM bersama-sama seluruh pimpinan Barisan Nasional.

Apa yang boleh MMI katakan inilah Tsunami Kebangkitan Rakyat kepada Barisan Nasional di Pulau Pinang yang kini amat digeruni oleh Pakatan Haprak.Dalam tempoh masa yang semakin hampir dengan pilihanraya gelombang yang kini semakin berkembang memberikan isyarat awal bahawa Barisan Nasional komited untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Haprak.

Berikut antara gambar-gambar sewaktu program berlangsung semalam ,








Apa yang menarik adalah rakyat tidak berganjak dari kawasan program sehinggalah ke akhirnya dan ianya merupakan satu petanda bahawa Tsunami Kebangkitan Rakyat ini merupakan isyarat jelas warga Pulau Pinang mahukan Barisan Nasional kembali memimpin negeri.

Sama-sama kita nantikan PRU13..TOLAK PAKATAN HAPRAK !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels