Followers

Sunday 24 March 2013

KARPAL - DAP Mahu Guna Simbol PAS, PKR


Selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan hasrat untuk bertanding atas logo PAS atau PKR jika parti itu diharamkan, kini giliran pengerusinya Karpal Singh menyuarakan pandangan yang sama.

Beliau berkata langkah itu diambil sebagai persediaan sekiranya parti itu dibatalkan sebelum hari penamaan ekoran wujud dakwaan penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang kini sedang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Ini adalah punca kebimbangan DAP dan kita akan berada dalam situasi kucar-kacir kerana kita tidak boleh menggunakan simbol parti kita untuk bertanding dalam pilihan raya umum kerana disebabkan penangguhan siasatan (ROS)," kata Karpal dalam satu kenyataan.

Beliau berkata DAP akan memberi sepenuh kerjasama kepada ROS dalam siasatan berkaitan dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan agar siasatan itu dilakukan dengan telus.

"Setiap usaha perlu dilakukan oleh ROS untuk memastikan parti dibenarkan menggunakan simbol (parti) pada pilihan raya umum nanti."

Pada pemilihan parti itu, semula lapan calon Melayu gagal mendapat kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat DAP termasuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Gun Eng Zairil Johari.

Bagaimanapun tiga minggu kemudian, DAP mengumumkan keputusan pemilihan itu terpaksa dipinda kerana kesalahan dalam menghitung kertas undi.

Zairil kemudian diisythiarkan menang dalam pemilihan itu, sekali gus mencetuskan kritikan di dalam dan luar DAP.AntaraPos

Amacam PAS ? Nak bagi ker ??

MMI.

1 comment:

  1. lihatlah apa gelagat pemimpin PAS kalau karpal singh,LGE dan LKS GUNAKAN LAMBANG PAS,

    ReplyDelete

Labels