Followers

Sunday, 24 March 2013

Guan Eng Makin Angkuh , Terowong Tetap Di Teruskan !!


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan tunduk dengan desakan dan bantahan rakyat negeri itu terhadap projek terowong dasar laut yang mahu dilaksanakannya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan, projek berkenaan akan tetap diteruskan bagi memberi manfaat kepada rakyat negeri itu yang dibelenggu masalah kesesakan yang kian meruncing.

Sambil menyifatkan kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina dan India yang membantah projek terowong dasar laut di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam sebagai penyokong Barisan Nasional (BN), Guan Eng berkata, projek terowong beserta tiga rangkaian lebuh raya yang bernilai RM6.3 bilion akan berjalan seperti dirancang.

“Walaupun dibantah penyokong BN, rakyat Pulau Pinang yang lain akan terus menyokong kerana kita tidak mahu lagi terus dibelenggu masalah kesesakan trafik yang berpunca daripada BN, katanya.

“Keengganan BN menunaikan janji pada 2007 untuk membina monorel serta tindakan mensabotaj usaha kerajaan negeri melaksanakan pengangkutan awam yang efektif di negeri ini adalah cubaan mencekik Pulau Pinang dengan masalah kesesakan trafik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan balas itu dipercayai ditujukan kepada NGO yang mengadakan beberapa siri demonstrasi membantah projek berkenaan sepanjang minggu ini kerana dikhuatiri akan membawa pelbagai kesan buruk.AntaraPos

Meraban dia ni yang Rapid dok bergerak di serata ceruk Pulau Pinang tu bukan salah satu daripada iniasiatif kerajaan persekutuan ker ?

Pembinaan jambatan kedua bukan usaha kerajaan persekutuan ker ?

Guan Eng buat apa di Pulau Pinang ? Cuba cerita mai !!

MMI.

2 comments:

  1. Jika LGE masih mahu meneruskan projek yang tidak pernah dibincangkan dengan rakyat, ini bermakna ada benda yang tak kena. Mungkin ada penyalahgunaan kuasa, mungkin ada elemen rasuah dsbnya. SPRM mesti siasat perkara ini.

    Untuk rakyat Pulau Pinang, ada banyak cara untuk menghentikan projek ini. Dalah satu adalah memohon caveat dari mahkamah. Kalau tak pun buat demo menghalang pembinaan projek ini dari dimulakan. Buatlah apa saja asalkan projek ini tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. Saya tidak akan menyentuh mengenai kewajaran dan kos pembinaan terowong Pulau Pinang, tetapi saya ingin berkongsi dgn anda dari aspek teknikal tentang pembinaan terowong. Mungkin ianya satu pengetahuan yg belum lagi diketengahkan oleh blogger yg lain. http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/03/pembinaan-terowong-pulau-pinang-dari.html

    ReplyDelete

Labels