Followers

Friday, 1 March 2013

PRU13 Maklumat Di Hujung Jari , Pertempuran Media Sosial Hampir Pasti Berlaku


"PRU kemungkinan tidak akan berjalan lancar sekiranya, kita terlalu sibuk menggunakan alat teknologi untuk menyebarkan maklumat yang tak benar. Kecuali kalau diri dapat menahan dengan penggunaan alat teknologi,"

Itulah antara kata-kata menarik dari Datuk A. Kadir Jasin Tokoh kewartawanan negara yang membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal menyaksikan 'pertempuran rumit' antara parti politik tanah air berdasarkan peningkatan kepenggunaan internet dan laman sosial. 

Medium tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat bahkan mencipta propaganda yang dilihat lebih efektif berbanding media cetak.

"Pada saya, PRU13 yang akan datang ini boleh menjadi sangat rumit kerana ia umpama peperangan antara satu sama lain. Bukan sahaja cara menerima mesej dari internet, tetapi juga cara mesej itu disampaikan.

"Sebab, media baru (internet) adalah tempat meluahkan perasaan, idea bagi menghadapai pilihan raya, mencipta propaganda. Ada mesej yang betul dan ada yang tak betul," kata A. Kadir dalam majlis Forum PRU-13: 'Peranan Landskap Baru Media di Malaysia' di Wisma Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semalam menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya media sosial pertama dalam negara yang mana menjadi pemangkin untuk ahli-ahli politik berkomunikasi dengan masyarakat.

"Oleh itu sudah pasti ketika musim pilihan raya akan berlaku perdebatan politik sekali gus mengundang lebih ramai pengikut media sosial untuk membincangkannya (PRU13)," kata Najib.

Datuk A. Kadir Jasin turut berkata perluasaan penggunaan internet sebagai medium utama menyebarkan isu politik mula diperkenalkan oleh parti pembangkang selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari parti Umno dan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.

Sejak dari itu, penggunaan internet digunakan sepenuhnya oleh pembangkang bagi menyebarkan asas dan pegangan parti mereka.

"Penggunaan sosial media dan internet digunakan secara meluas oleh parti pembangkang lebih-lebih lagi pada tahun 2008.

"Jadi, mereka meletakkan internet sebagai medium propaganda," tambah beliau.

Pun begitu, beliau memberitahu kerajaan termasuklah parti Umno dan BN lebih banyak mendominasi laman internet kini walaupun sedikit lambat mengaplikasikan penggunaan internet berbanding pembangkang.

Setakat ini pengikut Najib di laman Facebook mencecah 1.3 juta berbanding Anwar yang hanya memperolehi 400,000 pengikut.

Pada pandangan MMI sendiri ,Peperangan media sosial ketika ini sudah pun berlaku dan hampir setiap minit ada saja pertempuran dimana-mana laman media sosial dan apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah mempersiapkan sepenuhnya jentera media siber ini dengan secukupnya.

Bukan mendabik dada tetapi terimalah hakikat jentera siber bukan lagi jentera picisan , mereka mempunyai jaringan yang cukup kuat dalam mendepani serangan pembangkang dan menyalurkan maklumat kerana segalanya hanya di hujung jari mereka.

Ayat sempoi "Bantulah mereka kerana mereka membantu kita".

MMI.

1 comment:

  1. Memang benar!

    Saya adalah salah satu contoh pengundi yg kini telah mengikuti perkembangan politik SEPENUHnya melalui laman sosial namely blogs.

    Amazingly, saya tidak pernah tertarik untuk mengikuti political blogs sebelum ini. SEgala maklumat tentang politik saya hanya ambil dari akhbar (padahal saya layari internet setiap hari).

    Yes, it is definitely a new age election time.

    ReplyDelete

Labels