Followers

Friday, 1 March 2013

Lahad Datu - Mengapa Ada Pihak Lebih Agungkan Penceroboh Daripada Negara Sendiri ??


MMI simpati dan amat sedih dengan berita gugurnya anggota Vat69 dalam kejadian di Lahad Datu pagi tadi.Sebagai seorang rakyat Malaysia dan beragama Islam , hati MMI tiba-tiba berdegup kencang apabila menerima maklumat ini seawal pagi tadi.Namun kerana kekangan tugas MMI tak dapat untuk menulis dan hanya mampu memantau melalui maklumat demi maklumat yang sampai.

Walau bagaimanapun peristiwa berbalas tembakan ini sememangnya sudah MMI jangka sejak dari awal memandangkan penceroboh yang menceroboh tidak langsung menunjukkan tanda-tanda mahu berundur.Dan lebih malang lagi apabila terdapat maklumat menyatakan kehadiran penceroboh-penceroboh ini ada kaitan dengan pihak pembangkang di Malaysia.

Ampa semua boleh membaca di entri-entri MMI berkaitan insiden Lahad Datu sebelum ini.

Kini apa yang MMI seboleh-bolehnya mahu elakkan telah terjadi dan kita sudah pun kehilangan anggota tentera dan sudah semestinya keluarga mereka lebih hiba dan sayu daripada kita semua.

MMI bukan mahu mengulas tentang insiden hari ini kerana sudah banyak blog-blog para sahabat yang menceritakan tentang kejadian tersebut cumanya MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita renungkan mengapa dalam keadaan negara kita di ceroboh , masih ada segelintir mereka-mereka di luar sana yang mengaku warganegara dengan begitu pantas menuduh kerajaan dan UMNO sebagai puncanya tetapi turut mengambil kesempatan menghina mereka-mereka yang langsung tidak berkaitan.




Paling memeranjatkan adalah kenyataan tergesa-gesa Anwar Ibrahim tentang insiden hari ini yang secara jelas menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan juga YAB Perdana Menteri.


Hebat bukan ? Mereka-mereka inilah yang sering melaungkan bahawa keutamaan adalah RAKYAT !! Perjuangannya adalah RAKYAT !! Namun dalam soal ini jika di teliti seolah-olah wujud satu perancangan yang cukup licik bagi mengambil kesempatan terhadap apa yang telah berlaku.

Dalam negara sedang menghadapi konflik , nyawa rakyat kini di ragut..Apakah kita sebagai rakyat dan warganegara Malaysia masih mahu menyalahkan sesama sendiri seolah-olahnya para penceroboh di Lahad Datu itu adalah mereka yang tidak bersalah ?

Jangan lupa saudara-sudara sekelian , dalang di sebalik segala yang berlaku cukup jelas di laporkan oleh media baca SINI 

Soalnya sekarang mengapa ada pihak lebih agungkan penceroboh daripada rakyat yang selama ini mempertahankan kita semua malah 2 daripadanya sudah pun gugur ???

MMI.

3 comments:

  1. Ramai sudah jangka apa Lim Kit Siang dan Anwar akan kata. Sayang sekali umpan anak ikan Anwar Ibrahim telah meragut jiwa anak Melayu bukan setakat insang anak Sulu ! Lalu Anwar akan terus berkata selama-lamanya "orang dalam video itu macam saya, tapi perutnya terlebih buncit sambil ketawa macam iblis dan syaitan.

    ReplyDelete
  2. Anwar pertualangnya. Rancangan utama menghasut 150 penceroboh datang ke Sabah untuk membuat huru hara menjelang pilihan raya terbukti telah berjaya.

    Huru hara yang membawa tumpuhan darah adalah perancangan Anwar untuk mengambarkan betapa kejamnya Umno dan Kerajaan Barisan Nasional!

    Kita jangan mudah lupa, bahawa yang memberi arahan untuk merempuh barriket ketika perarakan Bersih kedua adalah Anwar. Mewujudkan Kacau bilau, merusuh dan terjadinya huru hara adalah perangcangan dan agenda beliau.

    Persepsi ini juga bertujuan untuk memburukan image kedualatan pasukan keselamatan Negara serta ingin mewujudkan perasaan ketidak kepercayaan kepada kebolehan pasukan Negara untuk menjaga keselamatan Negara.

    Soalan pokok, ialah soal pencerobohan di wilayah jajahan Negara yang telah dicerobohi oleh penceroboh bersejatakan AK 47, mortar dan lain2. Anwar ingat kita nak beri peha kita sebagai perisai atau kita nak tonggeng untuk dihemtam oleh penceroboh.

    Anwar tahu yang kita tidak akan tonggeng dan membiri peha kerana ini soal kedaulatan dan sempadan Negara. Sikit sebanyak tumpahan darah akan belaku dan sudah pun belaku . Ini yang Anwar rancangkan dan kehendak dia, tumpahan darah akan melibatkan kepentingan kuncu kuncu media asing dia untuk mendapat jalan cerita mengutuk Negara.

    Himpunan kebangkitan rakyat di stadium merdeka baru dulu tidak dapat laporan media asing. Dilaporkan oleh kumpulan pemikir Anwar bahawa Anwar kesal kerana tidak ada hura hara belaku yang mana momentum ini perlu ada dalam strategi kemenangan Anwar ke Putra Jaya.






    ReplyDelete
  3. Jgn bg ruang pd petualang bangsa ni...

    ReplyDelete

Labels