Followers

Monday 4 March 2013

They Have Come !! The ARMY Will Act Within This 24 Hours #LahadDatu


Dalam masa 24 jam , Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jangka akan melancarkan serangan besar-besaran bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie itiu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini , anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan  difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.



MMI mengharapkan agar insiden ini dapat diselesaikan dengan segera.Rata-rata rakyat Malaysia memerhati dengan penuh minat setiap yang berlaku apatah lagi ianya melibatkan kematian anggota keselamatan negara.

Seperkara yang harus kita faham adalah penceroboh-penceroboh di Lahad Datu sememangnya berbahaya kerana mereka bukan saja sudah menceroboh negara kita tetapi turut membunuh anggota keselamatan yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Kepada semua MMI nak ingatkan satu perkara dalam usaha berterusan pihak keselamatan menangani insiden ini apatah lagi dengan keterlibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maka pasti akan ada lagi nyawa yang terkorban.

Sedarlah mereka (anggota keselamatan) tahu ianya pasti berlaku tetapi atas amanah dan tanggungjawab ianya tetap dilaksanakan.

Tahukah untuk siapa semua itu dilakukan ? Sudah pasti kita rakyat dan warganegara Malaysia !!

Al-Fatihah untuk Wira Negara yang terkorban...

MMI.

1 comment:

  1. Bukan saja mereka tahu akan risiko yg bakal dihadapi, kami anak-anak dan ibu kami juga tahu.

    Setiap kali ayah meninggalkan kami untuk menyertai misi, kekadang berbulan-bulan lamanya dan kami pula tidak boleh diberitahu apa-apa pun tentang misi tersebut, kami tetap tenang. Kami hanya mampu berdoa agar ayah akan selamat pulang.

    Cercaan dan cacian yg saya baca di dalam banyak ruangan komentar amat mengguris hati.

    Hanya Allah yang berhak membalas kebusukan hati dan keceluparan mereka yang tidak berhati perut itu.

    -anak perajurit negara

    ReplyDelete

Labels