Berdasarkan maklumat yang diterima diberitakan penduduk kampung Simunul kini mula meninggalkan kediaman masing-masing dan keluar dari kawasan konflik.Kampung Simunul sebelum ini menjadi medan pertempuran diantara anggota keselamatan dan penceroboh yang berbalas tembakan hingga menyebabkan kematian di kedua-dua belah pihak.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam di Kampung Srijaya, Simunul itu, enam penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu turut terbunuh manakala 6 anggota keselamatan negara juga terbunuh dalam apa yang disebut sebagai serangan hendap.
Terdapat juga desas-desus mengatakan punca perpindahan penduduk adalah kerana kampung tersebut akan di bakar.Apa pun sejauh mana kesahihan maklumat ini tidak dapat dipastikan.
Bagi MMI biarlah langkah-langkah keselamatan ini dilakukan sekurang-kurangnya memudahkan pihak tentera untuk melakukan operasi bagi menamatkan pencerobohan di Sabah.
Paling penting dapat menyelamatkan orang awam dari menjadi mangsa keadaan.
MMI.
No comments:
Post a Comment