Jangan kurang ajar ! Itu antara ayat awal yang keluar dari mulut MMI apabila gambar diatas mula tersebar di laman-laman media sejak 2 hari lepas.Mungkin bagi sesetengah pihak di luar sana ianya satu perkara yang harus diraikan kerana yang kelihatan di gambar tersebut merupakan bendera Barisan Nasional sambil di pegang oleh seorang wanita bogel.
Ya mungkin sesetengahnya menganggap ianya pasti mencemarkan imej BN tatkala pilihanraya semakin hampir namun MMI nak ingatkan pernahkah kamu semua terfikir siapa wanita bogel tersebut ?
Wanita tersebut adalah pasangan yang mengaku dan suka merakamkan aksi bogel dan perlakuan seks mereka untuk di tonton oleh seluruh dunia.
Tahukah ampa semua bahawa pasangan tersebut sedang mewujudkan satu budaya baru di Malaysia dan MMI amat bimbang sekiranya budaya ini bakal menjadi ikutan anak muda generasi pelapis negara.
Jangan bercakap soal anak muda kami bagus dan sebagainya kerana budaya yang menjurus ke arah perlakuan negatif dan songsang sudah semestinya amat mudah menjadi ikutan tanpa mengira ideologi kepartian.Malah parti PAS yang mengaku Islam itu juga turut tidak mampu menyekat ahlinya sendiri dari terlibat dalam perlakuan zina dan seks seperti mana semua tahu tentang isu Mat Sabu dan gerabak keretapi.
Sebagai rakyat Malaysia , MMI mengutuk tindakan pasangan tersebut kerana ianya bukan saja memalukan malah merupakan ancaman terhadap negara.
Pesanan Vivian Lee berbunyi “Ingat, undilah BN!”
Adakah Vivian sebenarnya menyokong BN ataupun dia sekadar memerli parti pemerintah?
Pandangan Khairy Jamaluddin apabila ditanya Utusan:
“Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab.”
Cerita-cerita tentang Vivian adalah di antara rencana The Star yang paling popular dan laris dalam tahun 2012.Baca Sini
Walaupun Vivian dan pasangannya sudah pun membuat permohonan maaf tetapi rakyat Malaysia harus ingat budaya yang cuba dicetuskan oleh mereka amat berbahaya dan mampu meruntuhkan generasi muda negara.
Psstt Aksi Vivian ada beza dengan aksi si Anwar tu..Vivian rakam sendiri untuk ditontonkan kepada umum manakala Anwar dirakam oleh mereka yang tidak diketahui kerana aksinya sering berselindung disebalik wajah dan wataknya.
MMI.
No comments:
Post a Comment