Followers

Friday, 26 April 2013

GEMPAR Tembakan Di Putrajaya Timbalan Pengarah KASTAM Maut !!


PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.utusan



Menurut maklumat awal yang diperolehi suspek menaiki motorsikal Honda melepaskan tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat.

Ini adalah kejadian pertama seorang pegawai kanan kerajaan ditembak mati di Putrajaya.Al-Fatihah

Lagi berita PolitikTerkini 

MMI.

3 comments:

  1. Itu lah gara2 penghapusan akta keselamatan dalam negeri ISA....Amat dukacita risiko yang kita terima dan akan kita lalui..... setelah penghapusan ISA.... nasi dah jadi bubur....fikir2 lah semua....jangan nak syok saja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dak sangkut paut dengan penghapusan ISA..baca undang2 dulu sebelum komen..please..jangan politikkan semua benda termasuk kematian orang..nak dekat pilihanraya ni semua nak dipolitikkan..kalau jadi benda ni dekat diri sendiri n orang politikkan cane..Allahyarham adalah seorang yang jujur n ikhlas dalam melakukan tugas..sebab tu ada pihak yang tidak suka..semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama meraka yang beriman..

      Delete
  2. Mungkin kaki rasuah atau benteras rasuah?

    ReplyDelete

Labels