Followers

Wednesday, 10 April 2013

Segalanya TERJAWAB SPR Umum Tarikh Pilihanraya #PRU13 #PG13


Tarikh keramat yang di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kini terjawab sudah.SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini telah pun mengumumkan tarikh-tarikh penting yang diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi.

Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR perlu mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari setelah Parlimen di bubarkan.Oleh kerana itu maka pihak SPR hari ini telah pun bersedia bagi mengadakan pilihanraya umum ke13.

Bagi melicinkan proses pilihanraya , SPR telah melantik 379 pegawai penguatkuasa bagi kempen pilihanraya.Sebanyak 8789 pusat mengundi akan dibuka yang mempunyai 26219 tempat atau saluran mengundi.

Bagi mereka-mereka yang terlibat dengan undi pos pula sebanyak 544 pusat mengundi di wujudkan dengan kapasiti 882 tempat atau saluran akan dibuka.

Manakala bagi proses undi biasa 8945 pusat mengundi di wujudkan dengan 25337 tempat atau saluran akan di buka.

SPR juga telah melantik seramai 234905 petugas-petugas pilihanraya sepanjang proses pilihanraya berlaku.

Bagi pilihanraya umum ke13 ini pihak SPR telah mengenal pasti seramai 13,268,002 orang yang layak mengundi dan ianya merujuk kepada daftar pemilih induk 2011 dan juga daftar pemilih bagi suku tahun 1 2012,suku tahun 2 2012,suku tahun 3 2012 dan suku tahun 4 2012.

Manakala bagi melancarkan lagi proses pilihanraya ke13 ini , pihak SPR telah pun mengumumkan tarikh-tarikh seperti berikut:

11 April 2013 Khamis Keluar Reid

12 April 2013 Jumaat Notis

20 April 2013 Sabtu Penamaan Calon

30 April 2013 Selasa Pengundian Awal

05 Mei 2013  Ahad Pengundian Umum

Kepada semua rakyat Malaysia tarikh yang dinanti-nantikan telah pun diumumkan.Kini segalanya terletak di tangan anda bagi menentukan masa depan negara kita.Buatlah pilihan terbaik kerana apa jua keputusannya nanti kita adalah penentunya.

Seperkara yang harus kita ingat tinggal 25 hari saja lagi untuk kita masing-masing menentukan masa depan anak-anak kita dan generasi selepas ini.

MMI.

1 comment:

Labels