Tasek Gelugor seramai 600 orang warga India bekas penyokong PAS dan pengundi atas pagar kini memilih untuk bersama Barisan Nasional malam tadi.Hasrat mereka di zahirkan dengan penyerahan borang menyertai parti PPP Tasek Gelugor kepada Ketua Bahagiannya Encik Thayalan di saksikan Syabudin Yahya Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor merangkap calon P042 Parlimen Tasek Gelugor.
Kemasukan beramai-ramai ini kerana kecewa dengan PAS dan Pakatan Haprak yang gagal mengotakan janji mereka bagi membela nasib rakyat khususnya warga India di Tasek Gelugor.Malah selama ini hanya UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang sering mengambil berat akan nasib penduduk Tasek Gelugor.
Majlis yang dijalankan secara ringkas itu turut dihadiri oleh calon N04 Permatang Berangan Omar Haji Hamid dan kesemua mereka yang menyerahkan borang malam tadi berjanji akan membantu Barisan Nasional Tasek Gelugor mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen pada pilihanraya kali ini.
Yang pasti kem pembangkang kelam kabut dengan berita tersebut dan ianya membuktikan betapa barisan pembangkang sebenarnya hanya pandai berjanji tetapi gagal menunaikannya.
MMI.
No comments:
Post a Comment