Followers

Tuesday, 28 May 2013

Beri Peluang Kepada KJ !!!


MMI sejak dulu melihat Khairy Jamaluddin antara pemimpin muda yang mempunyai potensi baik dalam dunia politik tanahair.Malah sepanjang beliau terlibat dalam dunia politik bukan sahaja serangan serta tohmahan di lemparkan kebanyakkan pihak di luar sana tetapi turut menjadi ikon sebenarnya khusus kepada generasi pelapis dengan kredibiliti serta keupayaan yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin sendiri.

Sebagai anak muda yang belum pun mencecah usia 40an kehadiran khairy Jamaluddin sebenarnya menyemarakkan dunia politik tanahair kita.Jangan sesekali menyanggah keupayaan anak muda ini kerana beliau sudah pun membuktikan kekuatan serta keupayaannya.

Jangan lupa beliau antara pemimpin muda yang begitu lantang dan berani berdepan dengan mana-mana pemimpin pembangkang dalam mana-mana debat sebelum ini.Sikap dan daya intelek yang dimiliki oleh Khairy sebenarnya turut memberikan kekuatan kepada pemuda UMNO secara tak langsung.

Hari ini anak muda yang sudah berdiri dalam Dewan Rakyat berhujah bagi pihak kerajaan khususnya dalam perbahasan berkenaan bajet negara sekali lagi menggalas tugas berat yang perlu beliau kendong bagi memastikan hala tuju kerajaan dan Barisan Nasional selepas ini berada di laluan yang tepat serta menepati kehendak anak-anak muda di luar sana.

Pesanan MMI kepada Khairy Jamaluddin jangan sesekali lupa di mana kita bermula dan pastikan keupayaan anugerah tuhan itu digunakan sebaiknya dalam usaha kita memacu Bangsa , Agama dan Negara.

Kepada semua berikan peluang kepada Khairy Jamaluddin menggalas tugas barunya sebagai Menteri Belia & Sukan dan sama-sama kita lihat keputusannya nanti.

MMI menaruh keyakinan penuh dengan keupayaan anak muda ini dan yakin Malaysia sebenarnya tidak pernah rugi memiliki Khairy Jamaluddin.

Pembangkang sebenarnya bimbang dan takut dengan keupayaan anak muda ini apatah lagi berada dalam jemaah menteri bersama-sama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak , oleh kerana itu segala tohmahan dan serangan yang di lakukan atau bakal di lakukan selepas ini adalah perkara biasa.

Lebih baik menghargai anak muda ini sebagai anugerah tuhan daripada seorang manusia yang semakin gila dengan cita-cita menjadi perdana menteri.

MMI.

2 comments:

  1. aku mau melihat pemuda UMNO bergerak sebagai saorang jantan..sebab diketika ini pihak Pembangkang yang diketuai oleh Nuar brahi dan kit siang dok menjelajah diseluruh negara bagi membuat bantahan keputusan ilihanraya tetapi di pihak UMNO kususnya pemuda hanya diam membisu sahaja..kesian Najib dan Zahid serta ketua polis yang baru dok menghadapinya...seharusnya pihak UMNO dah mula bertindak dan jangan asyik mengharapkan NGO sahaja yang mempertahankan negara..bangkit laa jangan terlalu lemah dan tidur..

    ReplyDelete
  2. Setuju supaya KJ diberi peluang utk membuktikan yg beliau mmg layak sebagai Menteri tetapi kesemua Pemuda harus bersama sama ke hadapan mempertahankan segala tohmahan & cacian kpd BN & UMNO. Jgn hanya mengharap NGO utk bersuara. Apapun lakukan sesuatu demi Agama, Bangsa & Tanahair

    ReplyDelete

Labels